PUTRAJAYA 7 April – Semua pengendali perkhidmatan umrah diingatkan supaya sentiasa memelihara integriti, amanah dan tanggungjawab terhadap pelanggan, bukannya menjadikan ibadah suci itu sebagai alat untuk mengaut keuntungan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang mengingatkan demikian berkata, mengaut keuntungan melalui ibadah adalah perbuatan hina, keji dan tidak akan terlepas daripada pembalasan dunia dan akhirat. Justeru beliau memberi amaran, individu kumpulan atau syarikat yang terbabit is dalam penipuan perkhidmatan umrah akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas tanpa sebarang kompromi “Kerajaan tidak akan berdiam…
Read MoreDay: April 7, 2025
Pemimpin DAP komited dekati masyarakat Melayu
SEPANG 7 April – Dua pemimpin Melayu DAP komited untuk memperkukuhkan parti dengan mendekati masyarakat Melayu serta menguatkan sokongan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di bawah kepemimpinan Anthony Loke. Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, berkata, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai anak muda, termasuk anak muda Melayu serta wanita, menunjukkan minat terhadap DAP dan menyertai sebagai ahli parti. “Usaha untuk menggalakkan penyertaan baharu, termasuk daripada kalangan orang Melayu, akan terus diperkasakan selagi mana mereka mendukung prinsip dan perjuangan parti,” kata pemimpin itu dalam kenyataan bersama hari…
Read MoreDr Yusri calon BN PRK Ayer Kuning
TAPAH 7 April – Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Dr Mohamad Yusri Bakir diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Pengumuman dibuat Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning, sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tapah hari ini. Majlis turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain kepimpinan tertinggi BN dan Pakatan Harapan…
Read MoreSiasatan perbuatan jenayah, kecuaian
SUBANG JAYA 7 April – Siasatan kejadian letupan paip gas di Putra Heights, antara lain tertumpu kepada perbuatan jenayah dan elemen kecuaian manusia, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain. Katanya, daripada sudut kecuaian, banyak pihak yang mengatakan ia hanya disebabkan faktor manusia namun ada juga kemungkinan berlaku pergerakan tanah di bawah permukaan. “Tekanan tinggi daripada aliran air, dan macam-macam faktor lain juga boleh jadi punca… Itulah yang kita bincangkan. Dari sudut keselamatan pula, kita nak jelaskan bahawa keselamatan pelawat yang berada di kawasan ini, dan juga kesejahteraan secara keseluruhannya, adalah…
Read MoreNilai kerosakan kediaman RM65.4 juta
SHAH AALAM 7 April – Nilai kerosakan keseluruhan membabitkan kediaman yang terjejas dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights Selasa lalu mencecah RM65.4 juta, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam mesyuarat pagi ini memaklumkan jumlah itu hasil cerapan awal nilai kerugian akibat kerosakan bagi kediaman terjejas termasuk kos untuk pendawaian elektrik. Bagaimanapun, dengan tindakan pantas pihak bomba, juga pasukan keselamatan, serta usaha penduduk, nilai yang dapat diselamatkan adalah RM285.9 juta. Menurut beliau lagi, penilaian kerosakan kepada infrastruktur awam dan kawasan berdekatan sedang…
Read MorePas ajak masyarakat hayati fatwa berkaitan Gaza
SEPANG 7 April – Pas menyatakan sokongan penuh terhadap fatwa terkini Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung situasi tragik dan berterusan di bumi Gaza yang kini menyaksikan pencerobohan zalim oleh entiti Zionis serta pelanggaran terhadap gencatan senjata yang sepatutnya dihormati. Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata, ketegasan itu adalah selari dengan pendirian dan seruan Pas yang konsisten dalam isu Palestin, yang menuntut kepada dukungan seluruh umat Islam merentasi perbezaan fahaman dan mazhab melibatkan peranan pemimpin, ulama’ dan masyarakat. “Fatwa ini bukan sahaja menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam yang…
Read MoreMain mercun itu cuma salah satu laporan diterima
SAYA terpanggil untuk mengulas isu main mercun di kawasan insiden letupan paip gas di Putra Heights. Reaksi yang diterima menjurus kepada salah faham dan memperlekehkan kenyataan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan. Lebih malang lagi, ada juga orang politik yang berjawatan penting tumpang semangkuk ‘membakar’ sentimen ramai untuk memperkecilkan ketelusan pihak polis ‘mendedahkan’ laporan yang diterima. Ada orang politik siap bentangkan berapa banyak emoji ketawa dan berapa pula yang like susulan isu itu dijadikan tajuk berita. Sepatutnya sebagai ahli politik yang bijak pandai, perbetulkan persepsi orang. Begitulah jadinya apabila orang…
Read MoreBerita pilihan…
490 kanak-kanak maut dalam 20 hari
GAZA – Sekurang-kurangnya 490 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh 20 hari lalu, ketika rejim Zionis terus membedil Semenanjung Gaza, demikian menurut pejabat media Gaza yang mengecam pembunuhan beramai-ramai secara berterusan. Pejabat itu menyifatkan, tindakan itu sebagai ‘satu daripada jenayah paling mengerikan terhadap manusia pada zaman moden’ dan menuduh Israel terus melakukan pembunuhan secara kejam terhadap orang awam, dengan kanak-kanak menjadi sasaran utama serangan udara. “Sejak tempoh 20 hari lalu, Israel terus melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai yang mengejutkan terhadap kanak-kanak dengan 490 (kanak-kanak) mati syahid dalam siri serangan kejam. “Ini menjadikan jumlah…
Read More21 pusat malnutrisi di Gaza ditutup
BAITULMAQDIS – Sebanyak 21 pusat rawatan malnutrisi di Gaza terpaksa ditutup akibat serangan terbaru tentera rejim Zionis dan arahan pemindahan yang dikeluarkan di kawasan terjejas. Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Kazem Abu Khalaf, berkata, UNICEF sedang menunggu pembentangan laporan daripada badan khas yang ditugaskan untuk menilai keselamatan makanan di Gaza. Dalam satu kenyataan akhbar, Abu Khalaf berkata, Israel terus menyekat lintasan ke Gaza, menghalang kemasukan pasukan bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan, suplemen pemakanan dan bahan penting lain bagi tempoh 35 hari berturut-turut. Semalam, UNICEF mengisytiharkan sejak sebulan lalu, lebih…
Read More