SUBANG JAYA – Siasatan di kawasan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini, belum dapat dimulakan kerana masih dalam fasa menstabilkan lokasi kejadian, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan. Beliau berkata lokasi kejadian itu ketika ini berada dalam keadaan sangat tidak stabil akibat letupan dan kini kawah letupan berkenaan ditakungi air akibat hujan. Justeru, katanya pelan tindakan teknikal membabitkan empat fasa pemulihan bencana akan dijalankan supaya siasatan di lokasi kejadian dapat dijalankan kelak. Bercakap pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) insiden…
Read MoreDay: April 6, 2025
38 mangsa masih dirawat
PUTRAJAYA 6 April – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 38 daripada keseluruhan 146 mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya Selasa lalu masih menerima rawatan di hospital dan klinik. Daripada jumlah itu, 18 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan manakala 20 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta. Menurut data harian yang dikeluarkan KKM hari ini, tiada mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Terdapat 13 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di…
Read More642 laporan insiden letupan termasuk main mercun
SUBANG JAYA 6 April – Sehingga tengah hari ini, polis menerima 642 laporan berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights termasuk yang mendakwa ada individu bermain mercun berhampiran kawasan insiden. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata berdasarkan laporan tersebut, pengadu mendakwa individu itu bermain mercun di kawasan terbabit pada malam sebelum kejadian letupan paip gas. Bagaimanapun pihak polis tidak nampak kejadian pada waktu itu boleh membabitkan letupan pada pagi berkenaan dan kita masih menunggu siasatan penuh. “Saya cuma maklum laporan yang polis terima (setakat ini). Jadi kita mengalu-alukan…
Read MoreAdakah DBKL boleh layan saya macam sampah?”
KUALA LUMPUR 6 April -‘Abang Belon’, tampil membuat laporan polis hari ini selepas menerima rawatan di Hospital Serdang akibat insiden kekasaran melibatkan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada 28 Mac lalu. Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, yang ditemani ibu bapanya dan peguam, Rafique Rashid Ali membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Pada sidang media selepas itu, ‘Abang Belon’ meluahkan perasaannya berkaitan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan memiliki rekod jenayah lampau, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.…
Read MoreMencari keadilan, membela yang dizalimi
TIBA-tiba SUMBER mendedahkan kesalahan lampau Abang Belon yang didakwa mempunyai 13 rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan dengan kesalahan dadah. Apa tujuannya dan apa kaitan dengan jual belon tanpa lesen? Pelik, belum masuk mahkamah, sudah didedahkan kesalahan lampau. Lainlah jika di mahkamah nanti pihak pendakwaan mahu mengaitkan kesalahan lampau dengan kesalahan terkini mempunyai kaitan. Itu pun rasanya pelik. Jika benar Zaim atau Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, memiliki rekod jenayah lampau, apa kaitannya dengan kes dia ‘dikasari atau dizalimi’ oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya kerana tiada lesen jual…
Read MoreBerita pilihan…
Mexico labur AS$4 bilion untuk makanan
MEXICO CITY – Susulan langkah tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), Kerajaan Mexico mengumumkan akan melabur lebih AS$4 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import. Pelan, yang dibentangkan oleh Setiausaha Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Mexico Julio Berdegue, akan memperuntukkan 83.76 bilion peso Mexico (AS$4.1 bilion) dari 2025 hingga 2030 untuk meningkatkan pengeluaran domestik bagi tanaman dan produk asas seperti jagung, kekacang, beras, koko, susu dan madu. Pelan berkenaan turut merangkumi bantuan kepada 750,000 pengeluar kecil dan sederhana, serta pengembangan…
Read MoreLindungi kanak-kanak hanya retorik
GAZA – Undang-undang dan perjanjian antarabangsa yang direka untuk melindungi kanak-kanak kini sekadar retorik, demikian kata seorang pakar hak asasi manusia antarabangsa, Ayed Abu Eqtaish. Pengarah Program Akauntabiliti di Pertahanan Kanak-Kanak Antarabangsa berkata, kenyataan itu berikutan jenayah berterusan dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap kanak-kanak Palestin. “Jenayah ini berlaku secara terang-terangan di hadapan dunia tanpa sebarang campur tangan untuk melindungi mereka, sekali gus menjadikan undang-undang antarabangsa sekadar kata-kata di hadapan mesin penjenayah Israel.” katanya. Dalam kenyataannya, beliau berkata sejak pencerobohan Israel pada 7 Oktober 2023, rejim Zionis membunuh kira-kira 200…
Read More