SEPANG 3 April – Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar di semua peringkat yang terjejas persekolahan mereka akibat tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, bagi tujuan ini, YIDE akan mengenal pasti jumlah pelajar yang terjejas bagi menyalurkan bantuan merangkumi pakaian seragam, alat tulis, buku dan peralatan sekolah serta keperluan lain yang diperlukan kepada pelajar yang terlibat. Katanya, bantuan itu adalah antara beberapa ketetapan yang dibuat selepas beliau,…
Read MoreDay: April 3, 2025
Bukan masa berbahas di DUN
SHAH ALAM 3 April – “Ini bukan masanya untuk berbahas dalam dewan yang mulia,” tegas Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika menolak gesaan pembangkang negeri itu untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights. Menteri Besar Selangor itu menegaskan beliau memilih untuk memberi perhatian isu paling mustahak ketika ini iaitu untuk menyelesaikan siasatan dan menangani isu berbangkit terkait kes berkenaan. “Kita selesaikan dulu siasatan dan sebagainya. Ini bukan masanya untuk berbahas dalam dewan yang mulia. Ini masa untuk kita selesaikan hal…
Read MoreLaporan siasatan awal esok, bantuan RM5,000 mulai Isnin
SHAH ALAM 3 April- Hasil siasatan awal (72 jam) insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya akan dimaklumkan esok, Jumaat, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan merangkumi beberapa skop, kajian, dan dapatan. Menurutnya, siasatan akan merujuk kepada dua aspek, iaitu teknikal yang dikendalikan beberapa jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Petronas dan badan teknikal lain. Katanya, aspek kedua akan merujuk kepada kecuaian…
Read MoreSyawal menggamit jemaah umrah
RAMADAN, bulan ibadah sudah berakhir. Syukur kepada mereka yang berjaya memanfaatkan Madrasah Ramadan dengan pelbagai ibadah. Semoga kita terus istiqamah dalam menunaikan ibadah terutama solat berjemaah. Bagi yang berkemampuan, Ramadan lalu juga dimanfaatkan untuk berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Ada yang berada sebulan di sana. Diriwayatkan Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256), Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Jika datang bulan Ramadan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji.” Dalam riwayat muslim, “Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku.” Maka tidak hairanlah sepanjang Ramadan…
Read MoreJangan buat spekulasi insiden Putra Heights
SUBANG JAYA 3 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau andaian berhubung insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, kelmarin. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata menerusi peruntukan sedia ada, tindakan akan diambil ke atas pihak yang mengambil kesempatan atau melakukan sesuatu yang menimbulkan ketegangan. Katanya, KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau keadaan terbabit dari semasa ke semasa. “Masyarakat perlu memberi ruang secukupnya kepada pihak berkuasa membuat siasatan kejadian…
Read MorePemuda Pas tuntut penjelasan kerajaan, CIDB
SEPANG 3 April – Dewan Pemuda Pas Selangor menuntut penjelasan segera dan terbuka daripada pihak kerajaan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhubung insiden kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights kelmarin. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, Dewan Pemuda juga menuntut siasatan bebas dan telus tanpa campur tangan politik dan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang lalai, tanpa sebarang kompromi. “Kami mengecam keras sikap tidak bertanggungjawab CIDB yang dilihat cuba berdolak-dalik. Kenyataan awal menafikan wujud aktiviti pembinaan, namun kemudian ditarik balik selepas bukti rakaman dashcam penduduk tempatan…
Read MoreBerita pilihan…
Orang hilang meningkat akibat konflik
NEW YORK – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bilangan orang hilang akibat konflik di seluruh dunia berada pada tahap tertinggi dalam sejarah, dengan lebih 56,000 kes baharu direkodkan pada 2024. Penasihat Hal Ehwal Kemanusiaan badan itu, Fernando Fornaris, mendedahkan perkara itu pada sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dikhaskan untuk isu berkenaan. “ICRC sedang merekodkan jumlah orang hilang pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya. Seramai 56,559 orang hilang baharu didaftarkan pada 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang kini dipantau oleh ICRC hampir 255,000. Pesuruhjaya…
Read MoreJunta tentera umum gencatan senjata
SUSULAN gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 3,000 nyawa, junta tentera memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu mulai Rabu terhadap kumpulan pemberontak. Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan pemberontak, yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tentera Myanmar berkata bahawa gencatan senjata yang akan berkuat kuasa sehingga 22 April itu bertujuan untuk memudahkan usaha bantuan selepas bencana. Pengumuman dibuat selepas laporan mengenai serangan terhadap konvoi bantuan Palang Merah China pada malam Selasa ketika kempen serangan udara terhadap kumpulan pemberontak. Junta yang merampas…
Read More