PBB tolak dakwaan makanan mencukupi

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan dakwaan Israel bahawa bekalan makanan di Semenanjung Gaza adalah mencukupi untuk tempoh yang panjang sebagai tidak berasas.

PBB menolak dakwaan itu lebih-lebih lagi selepas semua 25 kedai roti yang disokong Program Makanan Sedunia (WFP) terpaksa ditutup.

Tiada sebarang bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Gaza sejak 2 Mac kerana Israel menegaskan tiada bekalan dibenarkan masuk selagi Hamas tidak membebaskan semua tebusan yang masih ditahan.

Pada penghujung Mac, Israel menyambung semula serangan udara ke atas Gaza selepas dua bulan gencatan senjata dan mengerahkan semula tenteranya ke wilayah yang terkepung itu.

Agensi Tentera Israel, yang menyelaras penghantaran bantuan, COGAT, melaporkan sepanjang tempoh gencatan senjata, sebanyak 25,200 buah trak membawa hampir 450,000 tan bantuan telah memasuki Gaza.

Bantuan PBB adalah kurang 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bantuan yang masuk.

“Ini bermakna, apabila PBB mengatakan mereka mempunyai bekalan bantuan untuk dua minggu lagi di Gaza, terdapat banyak lagi pertubuhan dan pihak lain menyalurkan bantuan makanan,” katanya.

Ia turut menyatakan bahawa jumlah itu mewakili hampir satu pertiga daripada keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza sejak perang bermula.

Israel menegaskan bekalan makanan sebenarnya mencukupi untuk tempoh yang panjang jika Hamas membenarkan orang awam menerimanya.

Bagaimanapun jurucakap PBB, Stephane Dujarric, menyanggah kenyataan tersebut dengan tegas dan menjelaskan bahawa menurut penilaian pihak PBB, dakwaan Israel itu tidak munasabah kerana bekalan yang ada kini hampir habis sepenuhnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa WFP tidak menutup operasi kedai roti dengan sewenang-wenangnya, tetapi terpaksa berbuat demikian kerana ketiadaan tepung dan gas memasak, menjadikan operasi tidak lagi dapat diteruskan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment