Putra desak tubuh RCI, gesa SPRM siasat

KUALA LUMPUR 2 April  – Putra mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dan mengkaji punca insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Selangor kelmarin. Presidennya Ibrahim Ali berkata, penubuhan RCI amat wajar kerana melalui suruhanjaya itu, siasatan akan lebih telus, terbuka serta mempunyai laporan atau cadangan untuk menge supaya insiden seumpama itu tidak berulang. “Anggota RCI pula mesti terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500 meter (m) yang menyebabkan api…

Read More

Mangsa disaran tubuh jawatankuasa insiden

SSUBANG2 April – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin menyarankan mangsa letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Selangor menubuhkan jawatankuasa bagi menilai perincian lanjut berhubung insiden itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, jawatankuasa tersebut antara lain dapat bertindak sebagai platform untuk mangsa menghadapi cabaran masa hadapan. Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata demikian pada sidang media selepas meninjau keadaan mangsa di pusat penempatan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights di sini, hari ini. “Saya beritahu beberapa rakan (mangsa) tubuhkan jawatankuasa yang boleh melihat keadaan…

Read More

Lindungi kawasan rizab paip

SEPANG 2 April  – Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Akademi Profesor Malaysia (APM) menggesa supaya pihak berkuasa memberi keutamaan melindungi kawasan rizab paip atau ‘Right of Way’ (ROW). Langkah itu perlu susulan insiden letupan dan kebakaran paip gas petroleum cecair (LPG) bawah tanah di kawasan penempatan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, sehingga mencetuskan kebakaran besar, pagi semalam. STI berkata, integriti koridor paip bergantung kepada kesedaran awam, penggunaan tanah yang bertanggungjawab dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa berkaitan yang berkesan bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. Menurut STI…

Read More

PN Selangor cadang Sidang Khas DUN

SEPANG 2 April – Kerajaan negeri digesa mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membahaskan isu kebakaran besar yang disebabkan  oleh saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights semalam. Ketua Pembangkang Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari perlu mengeluarkan notis kepada Speaker untuk memanggil sidang khas itu bagi membincangkan perkara berkepentingan awam. Katanya, insiden kebakaran yang mencederakan ratusan rakyat dan memberi tekanan emosi kepada banyak pihak dan memerlukan sidang khas dipanggil serta merta mengikut Perkara 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.…

Read More

Russia tolak cadangan AS tamat perang

MOSCOW – Russia menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Ukraine dalam keadaan sekarang kerana apa yang dicadangkan gagal menangani isu-isu utama yang dianggap Moscow sebagai punca sebenar konflik. Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov, menjelaskan cadangan AS masih belum memenuhi keperluan Russia. Pendirian Moscow itu mengesahkan bahawa jurang perbezaan antara Washington dan Moscow masih belum dapat dirapatkan sejak Presiden Russia, Vladimir Putin memberi komen lebih dua minggu lalu. Presiden AS, Donald Trump, pula dilaporkan kecewa dengan sikap Putin yang dilihat tidak bersedia atau tiada kesungguhan bagi mencapai…

Read More

PBB tolak dakwaan makanan mencukupi

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan dakwaan Israel bahawa bekalan makanan di Semenanjung Gaza adalah mencukupi untuk tempoh yang panjang sebagai tidak berasas. PBB menolak dakwaan itu lebih-lebih lagi selepas semua 25 kedai roti yang disokong Program Makanan Sedunia (WFP) terpaksa ditutup. Tiada sebarang bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Gaza sejak 2 Mac kerana Israel menegaskan tiada bekalan dibenarkan masuk selagi Hamas tidak membebaskan semua tebusan yang masih ditahan. Pada penghujung Mac, Israel menyambung semula serangan udara ke atas Gaza selepas dua bulan gencatan senjata dan mengerahkan semula…

Read More