SUBANG JAYA 1 April – Kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, menjejaskan kawasan seluas 290 meter persegi dengan keluasan keseluruhan 28 hektar, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Beliau berkata maklumat rasmi setakat ini menunjukkan lebih 300 premis rosak dengan 78 kediaman dan 10 rumah kedai yang sedang dalam pembinaan. Menurut beliau, dua lokasi yang terkesan teruk akibat kebakaran itu adalah Taman Harmoni di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru membabitkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Serdang dan DUN Kota Kemuning.…
Read MoreDay: April 1, 2025
78 unit rumah, 10 unit kedai musnah
SUBANG JAYA 1 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan sebanyak 88 unit bangunan musnah dalam kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini, hari ini. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata 88 unit bangunan berkenaan merangkumi 78 unit rumah dan 10 unit rumah kedai. Menurutnya, kategori kebakaran rumah antara 10 hingga 90 peratus manakala punca insiden terbabit masih dalam siasatan manakala secara keseluruhan rumah terjejas adalah 237. Selain itu, sebanyak 305 mangsa, dengan majoritinya cedera akibat melecur dan tersedut…
Read MoreMayat 15 petugas bulan sabit maut
GAZA – Mayat 15 petugas kecemasan dan bantuan Bulan Sabit Merah Palestin, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditemukan dalam satu kubur cetek pasir di selatan Semenanjung Gaza, semalam. Menurut Ketua bantuan PBB, Tom Fletcher dalam satu hantaran di platform X, mayat-mayat itu dikebumikan berdekatan ‘kenderaan yang rosak tetapi mempunyai tanda yang jelas’ ia milik agensi bantuan. “Mereka dibunuh oleh tentera Israel ketika cuba menyelamatkan nyawa. Kami menuntut jawapan dan keadilan,” katanya. Tentera Israel bagaimanapun tidak memberi komen secara langsung mengenai kematian itu tetapi mendakwa pihaknya sudah memudahkan pemindahan mayat-mayat dari…
Read More1,001 terbunuh, 2,359 cedera sejak 18 Mac
GAZA – Sekurang-kurangnya 1,001 rakyat Palestin terbunuh dan 2,359 lagi cedera sejak Israel menyambung serangan berskala besarnya di seluruh Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu. Dalam kenyataannya, pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza, berkata 80 mayat dan 305 mangsa cedera tiba di hospital di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lalu. Katanya, masih terdapat beberapa mangsa di bawah runtuhan dengan ambulans serta pekerja pertahanan awam tidak dapat menghubungi mereka. Menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA, tentera Israel mengebom perkampungan Al-Masdar di tengah Semenanjung Gaza dan timur Jabalia, utara Semenanjung…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 01.04.2025
Tiada penerbitan media arus perdana hari ini
Read More