Singapura lapor 40 kes harian

SINGAPURA: Singapura melaporkan 40 kes jangkitan Covid-19 hari ini iaitu 36 kes tempatan dan empat import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,406.

Sebanyak 14 kes tempatan tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu, 19 kes berkait kes sebelumnya dan telah dikuarantin manakala tiga tiga kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dua kes baharu melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau baru menerima satu dos vaksin.

Empat kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di negara ini.

Tiga kes jangkitan itu dikesan sewaktu tiba di sini, manakala satu kes lagi  semasa menjalani tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment