PUTRAJAYA 24 Mac – Lebih 51,000 kedai terbabit dalam larangan pameran produk merokok di kaunter jualan mulai 1 April ini, berikutan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama-sama peraturan dan perintah yang berkaitan di bawahnya mulai 1 Oktober lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), larangan pameran produk merokok di kaunter jualan itu adalah di bawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024. Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan sejak penguatkuasaan Akta 852, KKM sentiasa memastikan setiap peraturan dipatuhi mengikut tempoh yang ditetapkan,…
Read MoreDay: March 24, 2025
3.14 juta kenderaan dijangka masuk Pahang
KUANTAN 24 Mac – Kira-kira 3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang sempena cuti Aidilfitri bermula 27 Mac hingga 7 April depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim. Beliau berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 2.24 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak manakala 900,000 kenderaan akan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1. “Peningkatan itu bukan disebabkan rakyat Pahang pulang ke kampung tetapi pengguna jalan raya dari negeri lain yang menggunakan dua laluan ini. Sebagai peringatan, saya menasihati pengguna jalan raya supaya membuat perancangan tarikh dan masa…
Read More140,000 kenderaan dijangka guna WCE
SHAH ALAM 24 Mac – Sebanyak 140,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) semasa sambutan Aidilfitri tahun ini susulan pembukaan lebih banyak bahagian lebuh raya berkenaan. Pengurus Besar, Komunikasi Strategik dan Pembabitan Pihak Berkepentingan WCE Syed Mohammed Idid, berkata unjuran itu selaras dengan trend perayaan sebelum ini seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas dengan purata trafik harian (ADT) antara 130,000 hingga 150,000 kenderaan. Syed Mohammed Idid berkata laluan Taiping Selatan-Banting dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi di lebuh raya berkenaan. “Pada peringkat awal, selepas Seksyen 5, 8, 9…
Read MoreTujuh sah tanding Naib Presiden PKR
PUTRAJAYA 24 Mac – Rebutan untuk jawatan Naib Presiden PKR semakin menjadi tumpuan apabila individu keenam menawarkan diri untuk saingan mengisi empat tempat jawatan itu pada pemilihan yang dijadualkan pada Mei ini. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ramanan Ramakrishnan mengumumkan hasrat tersebut dalam kenyataan di Facebook hari ini. Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, beliau sudah memaklumkan mengenai hasratnya untuk bertanding Naib Presiden itu kepada Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. “Saya ingin mengumumkan hasrat untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon Naib Presiden PKR pada pemilihan kali…
Read More23 Ramadan 1446
23 RAMADAN 1446 “Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran” (HR Ibnu Majah) Selamat beribadah (Foto Masjid Zahir Alor Setar)
Read MoreFebruari catat 34,889 pemilih baharu
PUTRAJAYA 24 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 34,889 pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2025, iaitu warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan secara automatik. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 12,938 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya, serta 1,332 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, beliau berkata, semakan Daftar Pemilih Tambahan Februari 2025 (DPT BLN2/2025) yang telah diwartakan itu boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula 21 Mac hingga 19 April depan. Untuk rekod,…
Read MoreBerita pilihan…
Palestin kecam pengiktirafan penempatan
RAMALLAH – Kementerian Luar Pihak Berkuasa Palestin (PA).mengecam keputusan Israel mengiktiraf lebih daripada 12 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki dengan menaik taraf kawasan kejiranan sedia ada kepada status penempatan bebas. Keputusan yang dibuat Kabinet Keselamatan Israel itu disifatkan ‘penghinaan’ terhadap pengiktirafan antarabangsa dan resolusinya’. Bagaimanapun Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, seorang pemimpin sayap kanan dan penyokong kuat penempatan itu meraikan keputusan Kabinet sebagai satu ‘langkah penting’ bagi memperkukuh penempatan Israel di Tebing Barat. Smotrich adalah antara penyokong utama yang menggesa Israel secara rasmi memaksa penggabungan Tebing Barat, seperti…
Read MoreSerangan berterusan Israel di Gaza
BAITULMUQADDIS – Lebih 50 mangsa terkorban termasuk beberapa pemimpin kanan Hamas, dalam tempoh 24 jam lalu akibat serangan terbaharu tentera Israel di seluruh Gaza bermula semalam. Operasi darat itu termasuk mengepung sebahagian bandar Rafah berhampiran Mesir dilakukan serentak dengan peningkatan serangan di Lubnan dan pelancaran peluru berpandu dari Yaman. Israel juga menempatkan tenteranya di beberapa kawasan di Gaza, walaupun terdapat gesaan global bagi menghidupkan semula gencatan senjata yang dimeterai dengan pejuang Hamas pada Januari. Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas semalam melaporkan perang yang tercetus akibat serangan Hamas ke…
Read More