Fahmi sertai saingan rebut Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 17 Mac – Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyertai empat calon lain yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden parti itu pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan beberapa pemimpin dan rakan-rakannya dalam parti.

“Penilaian dan perbincangan mendapati terdapat ruang untuk saya menabur bakti kepada parti dan juga setelah berbincang dengan cabang Lembah Pantai dan rakan-rakan di peringkat akar umbi ketika menjelajah ke negeri-negeri.

Bila tiba masa nanti, insya-Allah saya akan menghantar pencalonan,” katanya selepas mengedarkan kurma dan bubuk lambuk kepada orang ramai ketika lawatan ke Bazar Ramadan Bazaria, Pantai Dalam di sini, semalam.

Sebelum ini empat penyandang menyatakan akan mempertahankan jawatan naib presiden iaitu Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nurul Izzah Anwar.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata beliau dan pasukannya akan merangka strategi yang berbeza untuk memastikan kemenangan pada pemilihan parti kali ini.

“Pertandingan dalam Keadilan (PKR) adalah pertandingan dalam keluarga, kita berusaha untuk bertanding secara sihat, elak daripada elemen tidak baik. Ini juga pesanan daripada Presiden (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Sudah pasti bagi saya dan pasukan akan tawarkan idea terbaik kami, sebab Keadilan juga merupakan parti yang berpandangan jauh ke depan dan dalam kalangan anggota, mereka ingin melihat apakah idea-idea yang cuba dibawa selain usaha dan ikhtiar daripada kepimpinan,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment