Ainon Mohd mohon maaf, turun hantaran

KUALA LUMPUR 17 Mac – Pemilik akaun Facebook Ainon Mohd, menurunkan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, baru-baru ini serta memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan susulan hantaran itu. Permohonan maaf itu yang dimuat naik melalui Facebooknya adalah susulan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini. “Saya, Ainon Mohd, dengan penuh rasa hormat menerima teguran dan pandangan yang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam pertemuan yang berlangsung hari ini. Saya juga akur dengan nasihat yang diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor…

Read More

PTPTN: Tiada keputusan kenakan sekatan

PUTRAJAYA 17 Mac – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenakan sekatan perjalanan ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik. Menterinya, Dr Zambry Abdul Kadir, berkata,  dalam menyelesaikan isu ini, KPT mengambil pendekatan holistik kerana sekatan bukanlah satu-satunya pendekatan untuk memastikan peminjam melunaskan tunggakan pinjaman. “Kita belum lagi mengumumkan (ketetapan mengenai sekatan perjalanan), tetapi sudah mengadakan langkah (untuk menyelesaikan isu tunggakan pinjaman PTPTN) seperti yang dilakukan sebelum ini. Ia bukan hanya melihat langkah yang disebutkan seperti sekatan perjalanan dan sebagainya, tetapi…

Read More

Fahmi sertai saingan rebut Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 17 Mac – Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyertai empat calon lain yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden parti itu pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini. Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan beberapa pemimpin dan rakan-rakannya dalam parti. “Penilaian dan perbincangan mendapati terdapat ruang untuk saya menabur bakti kepada parti dan juga setelah berbincang dengan cabang Lembah Pantai dan rakan-rakan di peringkat akar umbi ketika menjelajah ke negeri-negeri. Bila tiba masa nanti, insya-Allah saya…

Read More

Masyarakat antarabangsa digesa bertindak.

KAHERAH – Masyarakat antarabangsa digesa untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menangani krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta wilayah lain. Jawatankuasa Piagam Hak Asasi Manusia Arab (AHRC) di bawah Liga Arab berkata, kawasan berkenaan mengalami pencabulan hak asasi manusia yang serius dan keadaan semakin buruk sejak kebelakangan ini akibat tindakan ganas Israel. Dalam satu kenyataan sempena Hari Hak Asasi Manusia Arab, jawatankuasa itu menekankan bahawa tema tahun ini, ‘Hak terhadap Makanan’, mencerminkan cabaran mendesak dihadapi rantau Arab, khususnya ketika krisis kemanusiaan semakin meruncing. Dalam konteks itu, jawatankuasa berkenaan menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan…

Read More

Krisis air di Gaza meruncing

BANDARAYA GAZA – Krisis air yang semakin meruncing di Gaza boleh menyebabkan kehausan secara meluas susulan penutupan lintasan sempadan oleh Israel serta ancaman untuk memutuskan bekalan air. Menurut kenyataan pihak berkenaan, saluran air Mekorot membekalkan kira-kira 70 peratus daripada keperluan harian air di Bandaraya Gaza. “Sekiranya bekalan air dari saluran ini diputuskan, ia boleh menyebabkan kekurangan air yang serius, mengancam nyawa orang awam dan membawa kepada kemerosotan kesihatan awam serta berpotensi mengakibatkan penyebaran penyakit,” kata kenyataan itu. Mekorot, sebuah syarikat air Israel, merupakan satu daripada sumber utama bekalan air bagi…

Read More