EMJ pantau pelajar terlibat nahas di Jordan

TANJONG 9 Mac – Pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) sedang memantau rapat keadaan empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di negara itu Jumaat lalu.dan akan memaklumkan situasi dari semasa ke semasa. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau dimaklumkan tiga daripada mereka berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi masih memerlukan perhatian rapi pihak hospital di Jordan. “Saya telah pun mendapat laporan awal tentang keadaan empat orang pelajar kita itu daripada pihak EMJ. Malah kita sedang melihat sendiri dan memantau keadaan mereka yang terlibat. Mereka…

Read More

Hassan kecewa, umum tidak bertanding PRU16

PASIR GUDANG 9 Mac –  Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi  memberi laluan kepada pemimpin muda untuk meneruskan perjuangan parti. Hassan yang memenangi kerusi itu pada PRU 2018 dan 2022 sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR, Mei ini. “Saya telah membuat pengumuman secara terbuka bahawa tidak bertanding dalam pemilihan PKR kali ini. Hari ini, saya mengulangi pengumuman bahawa saya juga tidak akan bertanding dalam PRU16 akan…

Read More

Segerakan rundingan fasa kedua

KAHERAH – Hamas menggesa supaya rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza dimulakan dengan serta merta manakala Israel menuntut pembebasan segera baki 59 tebusan. Dalam kenyataannya Hamas berkata, delegasinya sudah mengadakan perbincangan dengan ketua agensi perisikan umum Mesir, Hassan Mahmoud Rashad mengenai gencatan senjata Gaza dan perjanjian pertukaran tebusan dengan tahanan. Semalam, Israel dan Hamas memberi isyarat bahawa mereka bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam rundingan gencatan senjata, ketika pengantara berusaha memanjangkan gencatan senjata selama 42 hari yang bermula Januari lalu. Hamas menyatakan terdapat ‘petanda positif’ untuk memulakan…

Read More

4 negara Eropah sokong pelan Arab

ROM – Menteri-Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali dan Britain menyatakan sokongan terhadap pelan negara Arab untuk pembinaan semula Gaza, yang dianggarkan menelan kos AS$53 bilion (RM234 bilion). Dalam satu kenyataan bersama, mereka mempersetujui langkah itu yang bertujuan mengelakkan pemindahan penduduk Palestin dari wilayah tersebut. Menurut kenyataan itu, pelan tersebut menunjukkan jalan yang munasabah untuk pembinaan semula Gaza dan jika berjaya dilaksanakan, pembangunan yang cepat lagi mampan bagi memperbaiki kehidupan rakyat Palestin di Gaza yang tertekan. Pelan yang dirangka oleh Mesir dan diterima pakai oleh pemimpin Arab pada Selasa itu ditolak…

Read More