PUTRAJAYA 5 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius tindakan seorang individu yang memuat naik kandungan media yang jelas mempermainkan serta mempersendakan ajaran Islam yang tular di media sosial. Ketua Pengarahnya Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, Jakim sudah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut terhadap kandungan yang menyentuh sensitiviti agama Islam. “Selain itu, laporan polis juga telah dikemukakan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau juga menyeru pihak berkuasa…
Read MoreDay: March 5, 2025
Harith Iskander, Cecelia dikompaun RM10,000
SEPANG 5 Mac – Di sebalik ‘kecoh’ isu video yang didakwa mempersendakan agama Hindu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil dengan kenyataan berhubung kes melibatkan dua individu yang memberi komen jelik melibatkan Islam pada Januari lalu. Dalam kenyataannya malam ini, MCMC memaklumkan pihaknya telah menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan kompaun RM10,000 setiap seorang terhadap dua individu atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook, pada 18 Januari lalu. Menurut MCMC, tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas pelakon dan pelawak,…
Read MoreKosong automatik selepas 14 hari
KOTA KKINABALU 5Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Peter Anthony mempunyai masa selama 14 hari untuk menggunakan saluran perundangan berikutan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara ditolak, sebelum kerusinya dikosongkan secara automatik. Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya, berkata tempoh hukuman terbabit berkuat kuasa bermula semalam susulan penolakan rayuan Peter bagi kes berkaitan pemalsuan dokumen oleh Mahkamah Rayuan. “Saya mengambil maklum bahawa rayuan kes jenayah bagi Datuk Peter Anthony, ADUN Melalap telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac 2025 (semalam). Dalam hal ini, perintah sabitan dan hukuman…
Read MoreKadar zakat beras campur perlu kajian
ALOR SETAR – Kadar zakat fitrah di Kedah kekal RM7 bagi beras tempatan dan RM14 beras import sehingga Jabatan Mufti mengkaji semula kadar itu pada masa akan datang susulan isu beras putih import dicampur dengan beras putih tempatan. Mufti Kedah, Fadzil Awang berkata sehingga kini tiada kajian menyeluruh dilakukan untuk menentukan kesannya terhadap kadar zakat fitrah walaupun amalan itu didakwa sudah lama berlaku. Katanya kajian mendalam perlu dijalankan termasuk menentukan nisbah campuran sama ada beras tempatan lebih banyak daripada beras import, atau sebaliknya. “Kita masih belum mempunyai gambaran penuh,” kata…
Read More04 Ramadan
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila di antara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. (Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim). Seterusnya, Anas bin Malik meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW biasa berbuka puasa sebelum sembahyang maghrib dengan ruthob (kurma basah), jika tidak ada ruthob, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air”. (Hadis, Imam Abu Daud, 2356). Selamat berbuka…
Read MoreUndang-undang untuk semua, bukan terpilih
SEPANG 5 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyokong tindakan dikenakan ke atas tiga penyampai radio (DJ) yang didakwa mempermainkan isu sensitif melibatkan penganut Hindu. Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang mencetuskan isu sensitif seiring dengan pendiriannya sebelum ini mengenai kes penjual jagung yang memaparkan papan tanda berunsur perkauman. “Seperti kenyataan saya sebelum ini mengenai isu pak cik jagung, kita tidak boleh menerima norma buat dahulu baru minta maaf dan selesai. “Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka ini dan tiada siapa pun yang…
Read MoreBerita pilihan…
Sokong pelan Mesir-Arab bina semula Gaza
KAHERAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi sokongan kuat terhadap pelan Mesir-Arab untuk pembinaan semula Gaza dan dilakukan tanpa pemindahan rakyat Palestin dari tanah mereka. Bercakap pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab di Kaherah semalam, beliau juga menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyokong usaha berkenaan. Abbas memberi amaran mengenai ancaman serius yang dihadapi oleh perjuangan Palestin, terutamanya desakan untuk pemindahan paksa rakyat Palestin yang ditolaknya dengan tegas. Beliau juga mengutuk dasar Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, mendakwa mereka mengukuhkan penempatan penjajah untuk menjejaskan penyelesaian dua negara…
Read MoreTindakan AS jejas program global WHO
GENEVA – Tindakan Amerika Syarikat (AS) membeku dana bantuan luar negara kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi kesan kepada program kesihatan global organisasi itu. Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, berkata masih terlalu awal untuk menentukan kesan penuh daripada pembekuan perbelanjaan bantuan AS — yang secara tradisinya adalah penderma bantuan terbesar di dunia. Namun, pertubuhan dunia itu mengakui akan mencari jalan supaya dapat terus memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Jurucakap WHO, Margaret Harris mengakui bahawa beberapa program jelas terjejas, termasuk rangkaian pemantauan campak global yang sebelum ini dibiayai…
Read More