PUTRAJAYA 3 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Ismail Sabri Yaakob kini dianggap suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram disiasat agensi itu dan bukan lagi sebagai saksi. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ susulan serbuan dilakukan pihaknya. Justeru, beliau berkata antara tindakan dilakukan SPRM terhadap Perdana Menteri kesembilan itu ketika ini adalah meminta beliau melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM. “Penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan mengesahkan Ahli Parlimen Bera…
Read MoreDay: March 3, 2025
02 Ramadan
02 RAMADAN 1446 “Ramadan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan”. Selamat beribadah…
Read More70 tawar diri rebut jawatan CEC DAP
PETALING JAYA 3 Mac – Seramai 70 calon akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, 16 Mac ini sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, bermula pukul 10 pagi. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim, berkata sebuah syarikat audit bebas akan dilantik untuk mengendalikan proses pemilihan pada hari kongres itu. Bercakap pada satu sidang media, beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata seramai 4,203 perwakilan akan menghadiri kongres itu mewakili sebanyak 1,650 cawangan di seluruh negara. Berdasarkan senarai dikeluarkan, nama yang akan…
Read MoreBerita pilihan…
PBB desak Israel benarkan bantuan
BAITULMAQDIS – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel segera membenarkan kemasukan bantuan ke Gaza, beberapa jam selepas rejim Zionis menggantung penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terbabit. Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik secara dalam talian, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menggesa agar bantuan kemanusiaan segera kembali disalurkan ke Gaza. Beliau turut menggesa semua pihak melakukan segala usaha untuk mengelak kembalinya permusuhan agar semua tebusan dibebaskan seperti dijanjikan. Ketua Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Thomas Fletcher, pula menyifatkan keputusan Israel menghentikan bantuan ke Gaza sebagai situasi membimbangkan dan berkemungkinan…
Read MoreBanteras e-rokok sekitar sekolah
BANGKOK – Dengan matlamat mewujudkan persekitaran bebas asap 100 peratus, Bangkok akan mengambil inisiatif baharu yang ketat untuk membanteras penjualan dan penggunaan e-rokok di sekitar sekolah. Langkah itu diambil susulan kebimbangan semakin meningkat mengenai akses mudah kanak-kanak terhadap e-rokok, terutama melalui platform dalam talian. Timbalan Gabenor Bangkok, Prof Madya Thavida Kamolvey mengumumkan inisiatif itu selepas mempengerusikan mesyuarat Pusat Operasi Pencegahan dan Pembanterasan Bangkok (BMA-NSOC) pada 25 Februari lalu. Mesyuarat yang berlangsung secara hibrid di Dewan Bandaraya Bangkok (Sao Chingcha) serta melalui persidangan video menumpukan usaha memperkukuhkan kerjasama bagi menangani isu…
Read More