70 tawar diri rebut jawatan CEC DAP

PETALING JAYA 3 Mac – Seramai 70 calon akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, 16 Mac ini sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, bermula pukul 10 pagi.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim, berkata sebuah syarikat audit bebas akan dilantik untuk mengendalikan proses pemilihan pada hari kongres itu.

Bercakap pada satu sidang media, beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata seramai 4,203 perwakilan akan menghadiri kongres itu mewakili sebanyak 1,650 cawangan di seluruh negara.

Berdasarkan senarai dikeluarkan, nama yang akan bertanding termasuk, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Sim.

Calon wanita yang akan bertanding termasuk Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok; Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching; Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh; Ahli Parlimen Bentong , Yong Syefura Othman; Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee dan Timbalan Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Sebelum ini, empat pemimpin veteran DAP termasuk Naib Pengerusinya, M Kulasegaran mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan dalam CEC parti itu bagi memberi laluan kepada kepemimpinan baharu.

Tiga lagi pemimpin DAP yang mengambil keputusan sama adalah penasihat parti itu, Tan Kok Wai dan Bendahari DAP, Fong Kui Lun serta ahli CEC, Datuk Seri Phee Boon Poh.

Sebanyak 30 orang akan dipilih menduduki jawatankuasa itu yang kemudiannya akan menentukan jawatan utama parti

Nnn

Related posts

Leave a Comment