KUALA LUMPUR 2 Mac – Wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa disita manakala 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta, dirampas susulan siasatan berkaitan kes rasuah serta pengubahan wang haram didakwa berkait Perdana Menteri ke-9. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, hari ini memberitahu wang tunai yang dirampas itu meliputi nilai dalam mata wang Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan. Ia adalah hasil pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai ‘safehouse’, berikutan…
Read MoreDay: March 2, 2025
Jangan sinis masjid penuh awal Ramadan
KANGAR 2 Mac – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kehadiran ramai jemaah ke masjid pada awal bulan puasa ini seharusnya dilihat sebagai tanda mereka yang memuliakan Ramadan. Justeru, masyarakat jangan sama sekali memandang sinis dalam jiwa, atau perkataan apabila melihat ramai umat Islam hadir ke masjid pada awal Ramadan. “Jangan sama sekali kita kata “itu semangat masa awal sahaja” atau “Ramadan baru nak nampak muka di masjid”, katanya dalam kenyataan melalui Facebooknya hari ini. Beliau berkata, kemeriahan masjid pada awal Ramadan adalah petanda umat ini mengagungkan syiar…
Read MoreSiasat laporan, bukan tahan wartawan
KUALA LUMPUR 2 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya mendahulukan siasatan ke atas laporan media berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan dakwaan rasuah. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana jika kegiatan tersebut benar seperti didedahkan media, ia lebih berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan dan ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan wartawan berkenaan. Beliau merujuk artikel yang dihasilkan wartawan Malaysiakini yang bertajuk “Pegawai imigresen KLIA…
Read MoreRamadan
01 RAMADAN 1446 “Ya Allah! Jadikanlah puasaku padanya (hari ini) sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Kejutlah aku daripada tidur orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku padanya, wahai Tuhan sekalian alam. Ampunilah aku wahai Pengampun orang yang bersalah,”
Read MoreNik Nazmi sedia pertahan Naib Presiden PKR
KUALA LUMPUR 2 Mac – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, akan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa, pada pemilihan parti yang akan datang. Dalam hantaran melalui TikTok, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, perkara itu diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Setiawangsa. Katanya, pemilihan PKR tahun ini bakal menjadi tumpuan ramai bukan sekadar dalam kalangan ahli parti tetapi juga rakyat yang menilai kesatuan dan kekuatan parti itu. “Dalam kita meraikan demokrasi dalaman yang matang, kita juga perlu memastikan persaingan…
Read MoreBerita pilihan…
Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan
JAKARTA – Sempena hari lebaran, Kerajaan Indonesia mengumumkan pengurangan harga tiket penerbangan kelas ekonomi domestik sebanyak 13 hingga 14 peratus sepanjang tempoh cuti Aidilfitri tahun ini. Pada masa yang sama, pemerintah juga memberi komitmen untuk memastikan kapasiti penerbangan dan jumlah pesawat mencukupi sepanjang tempoh cuti yang sibuk untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang. Menteri Pengangkutan Indonesia, Dudy Purwagandhi, berkata langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, selain meningkatkan kemudahan serta keselesaan perjalanan. Katanya, pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyokong rakyat yang merancang untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman.…
Read MoreRamadan: Pakistan bantu 4 juta keluarga
ISLAMABAD – Kira-kira 20 juta orang, akan menerima bantuan menerusi pakej khas Ramadan bernilai 20 bilion rupee untuk membantu keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan bulan puasa itu. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang melancarkan pakej khas itu berkata, jumlah penerima itu melibatkan seramai empat juta keluarga di mana bantuan dijadual diagihkan dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan. Dalam ucapan pada majlis itu, Sharif berkata, mekanisme terjamin akan memastikan penyaluran bantuan kepada penerima terbabit di seluruh negara, dapat dilakukan dengan lancar. Malah, sebanyak 600 gerai turut disediakan di seluruh negara bagi…
Read More