Ramadan: Pakistan bantu 4 juta keluarga

ISLAMABAD – Kira-kira 20 juta orang, akan menerima bantuan menerusi pakej khas Ramadan bernilai 20 bilion rupee untuk membantu keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan bulan puasa itu.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang melancarkan pakej khas itu berkata, jumlah penerima itu melibatkan seramai empat juta keluarga di mana bantuan  dijadual diagihkan dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan.

Dalam ucapan pada majlis itu, Sharif berkata, mekanisme terjamin akan memastikan penyaluran bantuan kepada penerima terbabit di seluruh negara, dapat dilakukan dengan lancar.

Malah, sebanyak 600 gerai turut disediakan di seluruh negara bagi menawarkan gula pada harga subsidi.

Sharif berkata, kadar inflasi pada Ramadan tahun ini berkurangan dengan ketara berbanding tahun sebelumnya, dan berlaku penurunan harga barangan keperluan.

Kerajaan Pakistan turut meningkatkan jumlah bantuan kepada golongan miskin sepanjang bulan suci itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan antarabangsa atas kerjasama dan sokongan mereka dalam usaha murni itu, sekali gus menghargai komitmen serta sumbangan yang diberikan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment