NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) bersama Rusia mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine. Keputusan AS menolak resolusi yang disokong Ukraine dan negara-negara Eropah itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah. Langkah ini dibuat ketika pentadbiran Presiden Donald Trump meneruskan rundingan dengan Moscow bagi menamatkan peperangan, di samping meningkatkan tekanan retorik terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. Resolusi tersebut tetap diluluskan Perhimpunan Agung PBB dengan 93 undi menyokong. Dokumen itu menyatakan kebimbangan terhadap peperangan yang telah berlarutan selama…
Read MoreMonth: February 2025
Media Hari Ini Selasa 25.02.2025
Bantu kukuhkan Al-Quds – Imam Al-Aqsa
PUTRAJAYA – Baitulmuqaddis yang dikenali sebagai Al-Quds, bukan hanya milik penduduk setempat tetapi adalah untuk seluruh umat Islam, kata Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri. Justeru beliau mengajak dunia Islam termasuk rakyat Malaysia untuk sama-sama ‘meninggalkan jejak’ di bumi suci itu. Dalam tausiyahnya selepas solat Maghrib, beliau berkata, Al-Quds sangat memerlukan sokongan daripada negara Arab dan umat Islam bagi membantu setiap projek yang bertujuan mengukuhkan keislaman kota itu. “Ia juga untuk menyokong mereka yang tinggal di bumi Al-Quds yang menjaga dan memelihara bandar suci ini yang disucikan…
Read MoreJawatankuasa siasat insiden stesen LRT
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan susulan insiden lelaki warga emas berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan maut selepas terjatuh ke kawasan rel di stesen transit aliran ringan (LRT) Star Titiwangsa, kelmarin. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan, berkata hasil laporan siasatan itu akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Menurutnya, pihaknya akan melaksanakan inisiatif penambahbaikan yang dicadangkan oleh jawatankuasa terbabit dengan kadar segera. Prasarana mengambil tindakan mempertingkatkan aspek keselamatan bagi semua pengguna rel terutama golongan OKU dengan menambah bilangan anggota polis…
Read MoreBerita pilihan…
Konflik Ukraine berakhir minggu ini?
ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yakin untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine, mencadangkan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu berakhir seawal minggu ini. Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata, Trump dan pasukannya sangat fokus untuk meneruskan rundingan dengan kedua-dua belah pihak dalam krisis ini bagi menamatkan konflik. “Beliau sangat yakin kami boleh menyelesaikannya minggu ini,” kata Leavitt kepada wartawan di South Lawn sekembali dari Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC). Kenyataan itu dibuat selepas Trump mendakwa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy “tidak mempunyai sebarang kelebihan”…
Read MoreSerangan ke atas Jenin diperhebat
RAMALLAH – Buat kali pertama sejak serangan di utara Tebing Barat pada 2002, pasukan pendudukan Israel memperhebatkan serangan dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin. Perkembangan itu menandakan peningkatan ketara dalam operasi ketenteraan yang berterusan di kawasan berkenaan. Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dalam kenyataan kepada media Israel mengesahkan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya tentera bersiap sedia untuk tinggal lebih lama di kem pelarian. Israel turut menggantung operasi Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) serta menghalang penduduk daripada kembali ke kediaman mereka. Sejak permulaan serangan…
Read MoreMedia Hari Ini isnin 24.02.2025
Nazri wakili sebahagian besar suara Melayu?
9SEPANG – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bertanyakan kepada Datuk Seri Nazri Abdul Aziz adakah bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) itu mewakili sebahagian besar suara orang Melayu di negara ini. Beliau menimbulkan persoalan itu selepas Nazri yang juga Ketua UMNO Padang Rengas menyifatkan pandangan Pemuda UMNO hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu dan tidak perlu dihiraukan. “Jika kami ini dianggap hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu, saya nak tanya juga, adakah kamu mewakili sebahagian besar suara orang Melayu? “Mungkin kamu dah…
Read MoreArahan turunkan iklan jualan gula-gula
LANGKAWI 23 Feb. – Dua platform jualan dalam talian diarah menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata yang sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu. “Pagi ini, kita telah mengarahkan platform berkenaan untuk menurunkan iklan yang menjual gula-gula ‘gummy’ itu, tindakan yang dilaksanakan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM. “Kita juga telah mengarahkan PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) seluruh negara untuk melakukan penguatkuasaan…
Read More