Konflik Ukraine berakhir minggu ini?

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yakin untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine, mencadangkan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu berakhir seawal minggu ini.

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata, Trump dan pasukannya sangat fokus untuk meneruskan rundingan dengan kedua-dua belah pihak dalam krisis ini bagi menamatkan konflik.

“Beliau sangat yakin kami boleh menyelesaikannya minggu ini,” kata Leavitt kepada wartawan di South Lawn sekembali dari Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC).

Kenyataan itu dibuat selepas Trump mendakwa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy “tidak mempunyai sebarang kelebihan” dan perlu dikecualikan daripada rundingan damai akan datang dengan pemimpin antarabangsa.

Leavitt turut memaklumkan bahawa Penasihat Keselamatan Negara AS Matt Waltz akan bekerja sepanjang masa hujung minggu ini bagi memuktamadkan perjanjian, manakala Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent terlibat dalam perbincangan mengenai cadangan perjanjian dengan Ukraine untuk memanfaatkan sumber mineral mentah negara itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment