KUALA LUMPUR 18 Feb. – Seorang penyokong kerajaan menyarankan tempoh cuti umum sempena Aidiladha dipanjangkan kepada dua hari, bagi memudahkan umat Islam menyambutnya dan melaksanakan ibadah korban. Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) berkata tempoh cuti sehari sempena Aidiladha tidak mencukupi menyebabkan ramai tidak berpeluang meraikannya. Bercakap pada pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, dengan tempoh cuti umum itu dipanjangkan kepada dua hari, ia juga akan memudahkan urusan logistik untuk pulang ke kampung. Ketika ini Seksyen 3 Jadual Pertama Akta Hari Kelepasan 1951…
Read MoreDay: February 18, 2025
Jadi model cari ‘peruntukan’ Parlimen Muar
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya satu jenama fesyen bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, langkah itu susulan usahanya bagi mendapatkan peruntukan daripada kerajaan belum menemui hasil. “Saya sudah cuba berkali-kali (memohon peruntukan) namun tidak berjaya… sebab itu saya lari dan jadi model. Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model. “Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” kata Ahli Parlimen MUDA itu pada…
Read MoreTiada keperluan gubal Akta Anti Diskriminasi Kaum
KUALA LUMPUR 18 Feb – Tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang. Beliau berkata ketika ini memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang dilihat sudah memadai dalam memastikan hubungan antara kaum terpelihara. Katanya, terdapat kira-kira 10 peruntukan undang-undang dalam membendung perkara berkenaan termasuk melalui Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tegasnya, sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang…
Read MoreJangan abaikan kebajikan anak yatim, asnaf
SHAH ALAM 18 Feb. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya tidak mengabaikan anak-anak yatim dan golongan asnaf di negeri ini. Baginda bertitah, pihak JAIS dan juga Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hendaklah memainkan peranan membantu golongan ini dan memastikan mereka mendapat pendidikan dan keperluan asas yang baik dan sempurna. Justeru baginda juga berharap tidak ada individu atau kumpulan tertentu mempergunakan golongan anak yatim dan asnaf di Selangor untuk kepentingan dan keuntungan peribadi. Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan…
Read MoreBerita pilihan..
Kepentingan penyelesaian untuk Gaza
WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio, dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza. Jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce, berkata dalam pertemuan itu, Rubio menekankan kepentingan ‘penyelesaian untuk Gaza yang menyumbang kepada keselamatan serantau’. Pertemuan itu turut menyentuh isu serantau seperti Syria, Lubnan, serta keselamatan di Laut Merah dengan kedua-dua pihak menekankan kepentingan kebebasan pelayaran di kawasan itu. Rubio dijadual meneruskan lawatan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam rangka jelajah serantaunya. Kunjungan Rubio dibuat ketika Presiden Trump…
Read MoreMesyuarat Lima Pihak Arab 20 Februari
ISTANBUL – Mesyuarat Lima Pihak Arab dijadualkan berlangsung pada 20 Februari ini di Arab Saudi bagi membincangkan cadangan Mesir untuk pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin. Menurut Penolong Setiausaha Agung Liga Arab Hossam Zaki, mesyuarat itu akan dihadiri Arab Saudi, Mesir, Jordan, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). “Kemungkinan Palestin boleh dijemput ke mesyuarat itu untuk membincangkan rangka kerja umum cadangan (Mesir) yang akan dikemukakan kepada Sidang Kemuncak Arab,” katanya. Awal bulan ini, Mesir menyatakan komitmen untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 27 Februari berikutan cadangan kontroversi…
Read More