KULIM 9 Feb. – Golongan perokok dinasihatkan bertimbang rasa dengan pegawai yang bertugas di lapangan dan tidak cuba menggunakan kekerasan terhadap pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengeluarkan kompaun kerana kesalahan merokok di zon larangan. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) adalah untuk kesejahteraan dan kesihatan orang ramai di mana 80 peratus rakyat Malaysia bukan perokok. “Kita tidak mempunyai kes secara bertulis yang serius (laporan berlaku kekerasan), tetapi kita boleh melihat daripada reaksi di laman sosial, netizen…
Read MoreDay: February 9, 2025
Jika DAP berterusan campuri urusan Islam…
SEPANG 9 Feb. – Pemuda UMNO mengingatkan DAP bahawa parti itu akan kembali menjadi pembangkang selamanya jika berterusan mengganggu gugat dan mencampuri urusan berkaitan orang Islam. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, ketika mengingatkan demikian berkata, adalah menjadi prinsip UMNO untuk menjaga agama bangsa dan tanah air,bukan hanya berpolitik semberono. “Apabila kamu mencampuri urusan agama kami,maka menjadi tanggungjawab kami orang Melayu Muslim mempertahankannya,dan bagi orang Melayu Muslim seperti kami, agama bangsa melebihi dari parti politik! Sekali lagi amaran kami berikan kepada kamu, urusan agama kami adalah urusan kami, bukan…
Read MoreBerita pilihan…
Singapura terus bantu rakyat
SINGAPURA 9 Feb. – Kerajaan Singapura akan terus menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyatnya yang bimbang dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, kata Menteri Kanan, Lee Hsien Loong. Beliau berkata lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan. Menurut laporan media, Hsien Loong berkata, pemerintah akan terus menyokong rakyat termasuk memberi baucar CDC sebanyak S$300 (AS$221) yang diedarkan pada bulan Januari, di samping S$800 yang disalurkan tahun lepas. Hsien Loong berkata rakyat Singapura juga telah menerima baucar GST, rebat U-Save,…
Read MoreTahanan Palestin tiba di Ramallah
RAMALLAH – Ramai tahanan Palestin yang dibebaskan Israel dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang buruk dan ada yang mengadu tentang layanan buruk diterima mereka. Israel mula membebaskan puluhan rakyat Palestin dalam peringkat terbaru perjanjian gencatan senjata yang bertujuan untuk menamatkan perang 15 bulan di Gaza. Pada Sabtu, sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti. Sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan,…
Read More