SINGAPURA 9 Feb. – Kerajaan Singapura akan terus menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyatnya yang bimbang dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, kata Menteri Kanan, Lee Hsien Loong.
Beliau berkata lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
Menurut laporan media, Hsien Loong berkata, pemerintah akan terus menyokong rakyat termasuk memberi baucar CDC sebanyak S$300 (AS$221) yang diedarkan pada bulan Januari, di samping S$800 yang disalurkan tahun lepas.
Hsien Loong berkata rakyat Singapura juga telah menerima baucar GST, rebat U-Save, dan baucar pengangkutan awam.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Teck Ghee berkata demikian pada majlis makan malam Tahun Baru Cina yang dihadiri 1,200 penduduk dan tetamu di Kelab Masyarakat Teck Ghee malam tadi
Hsien Loong berkata perumahan kekal menjadi keutamaan utama sambil menyatakan bahawa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah menguruskan projek tertunggak ekoran Covid-19 dan berada di landasan tepat untuk melancarkan lebih daripada 100,000 unit menjelang tahun ini, dalam tempoh lima tahun sejak 2021.
Katanya , rabgka kerja Standard, Plus dan Prime baru akan membantu memastikan flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) tersedia untuk semua..
(foto fb LHL)