KUALA LUMPUR 6 Feb. – Seorang perunding, lelaki warga emas berusia 68 tahun kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau berkata mangsa kemudiannya ditawarkan empat jenis pelaburan berbeza dan membuat 48 transaksi pembayaran dari Oktober 2024 hingga Januari 2025 berjumlah RM2,821,654 ke 23 akaun bank berbeza. Ia melibatkan lapan akaun Hong Leong Bank,…
Read MoreDay: February 6, 2025
Adendum: AGC nak rayu apa lagi?
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Pembangkang mempersoalkan kewajaran Jabatan Peguam Negara (AGC) merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, atas semakan kehakiman Najib Razak berkaitan isu Titah Adendum. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata permohonan berkaitan Titah Adendum yang dibawa Najib di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah persoalan fakta dan bukan persoalan undang-undang. Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, keputusan penghakiman majoriti 2-1 yang memihak kepada Najib di Mahkamah Rayuan bermakna persoalan fakta isu itu selesai. “Dalam Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, itu dalam undang-undangnya…
Read MoreMufti Perlis sedia ‘bertempur’ semula
KANGAR 6 Feb. – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia kembali ‘bertempur’ menentang Ahli Parlimen DAP yang dilihat mempersoalkan program keagamaan yang dianjurkan di Perlis baru-baru ini. Ia susulan penganjuran Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 pada 24 hingga 27 Januari lalu yang menampilkan 18 penceramah antarabangsa terkenal termasuk pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik. “Saya melihat program saya di Perlis dipersoalkan dalam media. Saya rasa MP DAP itu berhasrat kembali ‘bertempur’ dengan saya dan Perlis seperti mana ‘gemulah politik’ Ramasami dan beberapa rakannya pernah lakukan,” katanya. Mohd Asri…
Read MorePemuda Pas ingatkan DAPSY ‘jangan main api’
SEPANG 6 Feb . – “Jangan cuba bermain api dengan umat Islam di Malaysia,”, itu ingatan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden susulan bantahan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) terhadap garis panduan kehadiran umat Islam ke majlis agama lain. Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, kenyataan DAPSY jelas satu bentuk campur tangan yang biadab dan tidak bertanggungjawab serta menunjukkan keangkuhan dan kejahilan dalam memahami kedudukan Islam di negara ini. Menurut beliau, garis panduan ditetapkan bukan satu bentuk sekatan atau penindasan, sebaliknya keperluan untuk memastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara. Katanya,…
Read MoreBerita pilihan…
60 tahanan Palestin bebas
RAMALLAH – Sebanyak 60 tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata, kini berada di Mesir dan akan dihantar ke Türkiye, Qatar, Malaysia, dan Pakistan. Ketua Kelab Tahanan Palestin, Abdullah Zaghari, berkata setiap negara akan menerima 15 tahanan Palestin. Terdapat 70 tahanan Palestin yang kini ditempatkan di sebuah hotel di ibu kota pentadbiran baharu Mesir sementara menunggu proses penghantaran ke negara yang berkenaan. Zaghari turut menyatakan bahawa perbincangan sedang berlangsung dengan negara lain bagi mencari penempatan bagi baki tahanan, dan rundingan juga dijalankan dengan Kaherah untuk…
Read MoreArgentina pula tinggalkan WHO
BUENOS AIRES – Selepas Amerika Syarikat (AS), Argentina pula mengumumkan untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Manuel Adorni, jurucakap Presiden Javier Milei berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan “perbezaan ketara dalam pengurusan kesihatan, khususnya sepanjang pandemik Covid-19. Beliau menegaskan bahawa Argentina tidak akan “membenarkan badan antarabangsa campur tangan dalam kedaulatan negara.” Pada bulan lalu, Presiden Donald Trump pada hari pertama penggal keduanya sebagai Presiden mengeluarkan arahan agar AS menarik diri daripada menganggotai WHO untuk kali kedua. Perintah eksekutif ini sebagai memenuhi janjinya untuk menolak…
Read More