Kadar kebolehjangkitan 1.17

PUTRAJAYA 27 Mei – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia semalam (Rabu) menunjukkan penurunan.

Ia berada pada 1.17 selepas dua hari berturut-turut mencatatkan nilai 1.20.

Kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Wilayah Persekutuan Labuan terus mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.65, diikuti Perlis, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Nilai tinggi juga dicatatkan di Perak, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment