Yang Berhormat Ahli UMNO, 1. Mengikut Nga Kor Ming UMNO hanya lalat. 2. Nga Kor Ming adalah singa. 3. Sebab takut singa, UMNO terima jadi lalat. 4. Inilah UMNO sekarang 5. Tidak lebih dari lalat dalam Kerajaan. DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 28 Januari 2025
Read MoreMonth: January 2025
Nantikan surat dari peguam – Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Walaupun mengakui terkhilaf, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dijangka akan menerima surat daripada peguam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. “Nantikan surat daripada peguam saya”, kata Hannah dalam hantaran di X susulan tindakan Razman mengakui terkhilaf mendakwa menteri itu anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay. Hannah dalam hantaran di X turut menyifatkan fitnah tidak boleh dijadikan kebiasaan terutama dalam kalangan orang beragama. Beliau berkata ucapan Razman yang menuduhnya itu melebihi seminit dan bukan kurang 10 saat seperti diperkatakan. Terdahulu, media melaporkan Razman dalam…
Read MoreBerita pilihan…
PBB kutuk serangan ke atas hospital
NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk serangan separa tentera ke atas sebuah hospital di El-Fasher,satu-satunya hospital yang berfungsi di bandar terbesar Darfur. Serangan ke atas hospital yang terletak di wilayah Darfur barat Sudan, itu mengorbankan 70 orang. Menurut Stephane Dujarric, jurucakap Guterres, serangan itu berlaku selepas perang selama lebih 21 bulan dan menyebabkan kebanyakan sistem penjagaan kesihatan Sudan rosak. “Guterres mengulangi bahawa, di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka yang cedera dan sakit, serta kakitangan perubatan dan kemudahan perubatan, mesti dihormati dan dilindungi pada…
Read MoreGoogle Maps tukar nama Teluk Mexico
WASHINGTON – Google Maps akan menukar nama “Teluk Mexico” kepada “Teluk Amerika” sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS). Menerusi catatan X, perubahan akan dapat dilihat di AS tetapi ia akan kekal sebagai “Teluk Mexico” di Mexico manakala di luar kedua-dua negara, pengguna akan melihat kedua-dua nama. Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Trump berkata pada Jumaat ia secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika, dan puncak Alaska Denali kepada Gunung McKinley. Google Maps, yang dimiliki oleh Google Alphabet, akan membuat perubahan serupa…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 28.01.2025
Razman terkhilaf kaitkan Hanna Yeoh
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, mengakui terkhilaf apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Dr Yeoh Tiong Lay. “Dalam ceramah panjang saya semalam, satu minit video telah dikerat oleh media untuk dijadikan tajuk berita. “Saya akui terkhilaf tentang maklumat yang saya kaitkan dengan YB Hannah Yeoh,” katanya melalui muat naik di Facebook bagi merujuk satu minit video ceramahnya semalam yang dipetik media untuk dijadikan tajuk berita. Terdahulu, Hannah membidas Razman susulan kenyataan yang mengaitkan beliau dengan…
Read MoreBerita pilihan…
Palestin tolak pemindahan rakyat Gaza
GAZA – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan kumpulan Hamas menegaskan pendirian untuk menentang sebarang cadangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa dari Gaza seperti dirancang Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Pejabat Presiden Palestin menyatakan Abbas dengan tegas menyatakan rakyat Palestin tidak akan meninggalkan tanah dan tempat suci mereka dan mengecam sebarang projek yang bertujuan memindahkan rakyat Palestin di Gaza. Anggota Biro Politik Hamas, Bassem Naim, berkata rakyat Palestin akan menggagalkan projek sedemikian, seperti mana mereka menggagalkan rancangan serupa untuk pemindahan dan penciptaan tanah air alternatif sejak beberapa dekad lalu. Jihad…
Read MoreIndonesia-India meterai kerjasama digital
JAKARTA – Indonesia dan India memeterai kerjasama strategik dalam sektor digital bagi mempercepat transformasi digital mampan dan memupuk inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat kedua-dua negara. Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia dan Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India menjalin kerjasama itu melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di New Delhi kelmarin. MoU itu ditandatangani sewaktu lawatan negara Presiden Prabowo Subianto ke India, yang turut menghadiri sambutan Hari Republik negara itu. Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia, Meutya Hafid dalam kenyataan media menegaskan bahawa kerjasama strategik ini merupakan langkah…
Read More