Guna undang-undang bagi rundingan damai

MOSCOW – Ukraine boleh menggunakan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Bagaimanapun Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang dan pada masa yang sama rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Volodymyr Zelenskyy sebagai presiden telah tamat.

Rusia mendakwa Zelenskyy telah kehilangan kuasa undang-undang untuk menandatangani dokumen rasmi kerana tempoh pemerintahannya tamat pada Mei 2024, dan tiada pilihan raya diadakan selepas itu.

Ukraine bagaimanapun menyatakan bahawa Zelenskyy kekal sebagai Presiden yang sah kerana undang-undang perang yang dikuatkuasakan sejak pencerobohan Rusia pada Februari 2022.

Zelenskyy, sebaliknya menyatakan bahawa Putin sebenarnya enggan berunding dan hanya mahu melanjutkan konflik sedi ada.

Putin mencadangkan pengerusi parlimen Ukraine menjalankan tanggungjawab mengikut perlembagaan dan, isu undang-undang boleh diselesaikan jika ada keinginan.

Menurut Putin, jika Ukraine bersedia untuk berkompromi, sesiapa sahaja yang sesuai boleh memimpin rundingan tersebut tetapi menegaskan bahawa semua dokumen perlu ditandatangani oleh pihak yang diiktiraf secara sah.

Nn

Related posts

Leave a Comment