Kebakaran hutan LA ragut 29 jiwa

BERLIN – Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, susulan seorang mangsa meninggal dunia di hospital hujung minggu lalu akibat kebakaran “Palisades” di pinggir barat Los Angeles.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran Palisades kini 95 peratus terkawal, manakala kebakaran Eaton, berhampiran bandar Pasadena, sudah 99 peratus terkawal.

Kedua-dua kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi sejak awal Januari.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

Sementara itu, semua penduduk di daerah Pacific Palisades dibenarkan memasuki hartanah mereka buat kali pertama pada Isnin, selepas Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass mengumumkannya di platform X

Dalam pada itu, media melaporkan beberapa jalan ditutup pada Isnin akibat banjir dan tanah runtuh, namun hujan paling lebat berlaku di kawasan laut.

Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di kawasan itu kerana tanah kering tidak dapat menyerap air selepas tempoh kemarau yang panjang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment