WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, yakin gencatan senjata di Gaza tetap dilaksanakan mulai Ahad ini, walaupun Israel menunggu undian Kabinetnya dan menuduh Hamas menarik balik persetujuan terhadap perjanjian itu.
Blinken berkata, bahawa beliau dan pegawai pentadbiran Presiden Joe Biden, yang bakal tamat tempoh perkhidmatannya pada Isnin, sedang berusaha melalui panggilan telefon untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan gencatan senjata yang diumumkan Rabu lalu menerusi pengantaraan Qatar.
“Tidak mengejutkan jika dalam proses rundingan yang begitu mencabar ini terdapat perkara yang masih belum diselesaikan. Kami sedang menyelesaikannya sekarang,” katanya pada sidang media perpisahan,
Sementara itu, serangan baharu Israel sebelum gencatan senjata meragut puluhan nyawa di Gaza.
Dalam satu langkah yang jarang berlaku, seorang wakil Presiden terpilih Donald Trump turut mengambil bahagian dalam rundingan akhir mengenai gencatan senjata itu, bersama pegawai pentadbiran Biden yang masih berkhidmat.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Trump bahawa beliau yang memeterai perjanjian itu, Blinken berkata:
“Yang penting bukan siapa yang mendapat kredit, tetapi hasil yang dicapai. Hampir semua perkara yang perlu dilaksanakan dalam perjanjian ini akan dilaksanakan di bawah pentadbiran Trump,” katanya.
Blinken juga menegaskan penting bagi semua pihak mengetahui bahawa pentadbiran Trump menyokong perjanjian yang telah dirundingkan oleh pentadbiran Biden.
Nnnnn