Kor Ming, apa maksud sebenar ham

SEPANG 16 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan maksud ‘ham’ selepas Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming memberitahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tampil menjelaskan maksud ‘ham’ dinyatakan Kor Ming, dengan menyertakan terjemahan daripada kamus Oxford Learner’s.

“Bila ada menteri beritahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham dari Oxford Learner’s Dictionary.

“‘Ham’ bermaksud daging yang datangnya dari babi. Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti disertakan sumbernya di depan. Seperti daging lembu, maka ia disebut beef ham, jika daging ayam, maka ia disebut chicken ham.

“Jika ada beranggapan sama jer ‘ham’, maka jawapannya tidak, kerana ia seperti contoh nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Meng walaupun nama di depan sama, tetapi orangnya berbeza,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi laman sosial X memberi penerangan berkenaan maksud ‘ham’ dan cheese yang menurutnya ‘ham’ merupakan proses untuk menghasilkan makanan seperti Turkey ham dan chicken ham yang bagus untuk dimakan.

Kor Ming berkata, ia juga sama dengan air root-beer dibuat daripada akar sassafras yang bukan alkohol dan juga baik untuk diminum.

“Menjadikan perkara ini sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh),” kata Kor Ming.

Dr Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka menegaskan, ‘ham’ bukan merupakan proses untuk menghasilkan makanan, selain meminta Kor Ming untuk bertanyakan kepada pegawainya atau membuka kamus mengenai perkara itu.

“Sebab itu dalam SOP (prosedur operasi standard) yang dikeluarkan oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk permohonan halal, mana-mana makanan yang namanya seperti makanan tidak halal seperti ‘ham’, tidak boleh diberikan sijil halal tetapi kalau chicken ham, beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.

“Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau tak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Nadzir Helmi menyifatkan Kor Ming sekali lagi cuba mencetus api perkauman dan kemarahan orang Melayu dan umat Islam dengan mengatakan mereka yang mengecam kes makanan Ham dan Cheese yang menggunakan sijil halal palsu di KKMart sebagai ‘bodoh’,

Dalam kenyataan melalui Facebooknya, beliau bertanya kepada siapa Kor Ming mahu merujuk mesej bodoh itu.

“Kepada orang Melayu Islam yang sangat berhati-hati dan menegur dan memberi amaran dalam pemilihan makanan yang diletak atas meja kedai awam, yang menggunakan sijil halal palsu?

Atau mereka yang mengecam sikap KKMart yang kali kedua terlibat dalam kesilapan yang melibatkan ‘supplier’ mereka, bagi dilihat ‘backup’ kepada perniagaan yang tidak sensitif terhadap kecelaruan ini?

Inilah malangnya dapat Menteri yang bodoh, dan bertindak celupar dengan melabel orang lain bodoh akibat memberi amaran terhadap isu yang sensitif ini!,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment