Gaduh isu harga, 2 lelaki ditahan

PASIR GUDANG 29 Jan. –  Dua lelaki berusia antara 21 hingga 28 tahun ditahan di Taman Johor Jaya, di sini, kira-kira pukul 6 petang semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada isu harga barang mahal. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin itu akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal. Katanya, polis menjalankan siasatan selepas tular rakaman video berdurasi satu minit 41 saat yang dimuat naik di media sosial…

Read More

Harga diesel naik 5 sen, petrol kekal

PUTRAJAYA 29 Jan. – Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari. Dalam kenyataan, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan RON97 kekal pada RM3.43 seliter. “Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter. Harga itu masih rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini,”…

Read More

Guna undang-undang bagi rundingan damai

MOSCOW – Ukraine boleh menggunakan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun, kata Presiden Rusia Vladimir Putin. Bagaimanapun Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang dan pada masa yang sama rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Volodymyr Zelenskyy sebagai presiden telah tamat. Rusia mendakwa Zelenskyy telah kehilangan kuasa undang-undang untuk menandatangani dokumen rasmi kerana tempoh pemerintahannya tamat pada Mei 2024, dan tiada pilihan raya diadakan selepas itu. Ukraine bagaimanapun menyatakan bahawa Zelenskyy kekal sebagai Presiden yang sah kerana undang-undang perang yang dikuatkuasakan sejak…

Read More

Kebakaran hutan LA ragut 29 jiwa

BERLIN – Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, susulan seorang mangsa meninggal dunia di hospital hujung minggu lalu akibat kebakaran “Palisades” di pinggir barat Los Angeles. Pihak berkuasa menyatakan kebakaran Palisades kini 95 peratus terkawal, manakala kebakaran Eaton, berhampiran bandar Pasadena, sudah 99 peratus terkawal. Kedua-dua kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi sejak awal Januari. Punca kebakaran masih belum diketahui. Sementara itu, semua penduduk di daerah Pacific Palisades dibenarkan memasuki hartanah mereka buat kali pertama…

Read More