KUALA LUMPUR 26 Jan. – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat hari ini memutuskan pemilihan bagi pelbagai jawatan peringkat pusat termasuk sayap parti akan berlangsung pada 24 Mei ini. Ia melibatkan jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP). Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dalam satu kenyataan berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April. Katanya, perkara itu diputuskan MPP selepas meneliti beberapa cadangan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti…
Read MoreDay: January 26, 2025
Kembali kepada al-Quran sebagai panduan
KANGAR 26 Jan. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama dalam menghadapi pelbagai persoalan dan cabaran kehidupan. Baginda bertitah, al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam. Titah baginda, setiap umat Islam wajib memahami isi kandungannya dan mengamalkan pengajarannya dalam kehidupan seharian, menjadikannya kompas sebenar untuk kehidupan. “Al-Quran adalah kitab suci yang penuh dengan mukjizat. Ia harus dirasai semua, tanpa mengira pemahaman mereka terhadap bahasa Arab. “Kecantikan dan panduan dalam al-Quran mesti dikaji, dihayati dan…
Read MoreUgutan, pempengaruh media sosial ditahan
CHUKAI 26 Jan. – Seorang lelaki, pempengaruh media sosial berusia 36 tahun ditahan polis, hari ini bagi siasatan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan mendatangkan kegusaran awam berhubung kes pukul membabitkan OKU. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor pada 6.55 pagi tadi susulan laporan diterima Khamis lalu. Beliau dalam satu kenyataan berkata, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan polis mendapat perintah reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Selain itu, suspek juga akan disiasat…
Read MoreKPKM tak halang pesawah hantar memorandum
KLANG 26 Jan. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersikap terbuka dan tidak menghalang mana-mana kumpulan pesawah yang ingin menghantar memorandum berhubung isu kenaikan harga lantai padi. Menterinya, Mohamad Sabu berkata ia adalah hak pihak terbabit untuk berbuat demikian. Mengulas dakwaan 1,000 pesawah dijangka menghantar memorandum isu berkenaan ke Bangunan Perdana Putra esok, menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia adalah hak pihak terbabit untuk berbuat demikian. “Kita akan ikuti dengan perbincangan-perbincangan secara intensif dengan semua pihak sehingga sidang Parlimen akan datang. “Kita akan buat beberapa pengumuman yang sedang…
Read MoreAmanah boleh menang berbelas kerusi di Kelantan
KLANG 26 Jan. – Parti Amanah Negara (Amanah), yakin parti itu boleh memenangi berbelas kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang jika perpaduan parti dalam keadaan baik, kata Presidennya, Mohamad Sabu. Beliau mengakui memang sukar untuk menghadapi parti lawan yang memerintah negeri tetapi yakin mampu menang. Amanah ketika ini memiliki satu daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berbanding Pas yang mentadbir negeri itu mempunyai 42 kerusi manakala dua lagi milik Barisan Nasional (BN). Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa sama tidak menolak…
Read More8 pelajar Malaysia di Al-Azhar terlibat nahas
SEPANG 26 Jan. – Lapan mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir terlibat kemalangan jalan raya ketika mereka dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu. Tiga daripada mereka, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital. Menurut Education Malaysia Egypt (EME),, lima mahasiswa lain mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Mereka ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon. “Setiausaha…
Read MoreBatal WBB bukan keputusan “flip-flop”
KLANG 26 Jan. – Pembatalan projek rintis Waktu Berkerja Berlainan (WBB) untuk pegawai perubatan bukanlah satu keputusan “flip-flop” oleh kerajaan kerana ketika itu, tiada keputusan muktamad dibuat mengenainya. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, ketika dibatalkan projek rintis yang bertujuan mengurangkan beban dan tekanan kerja pegawai perubatan itu masih dalam peringkat percubaan. “Sejak awal, saya lihat sendiri keadaan ‘burnout’ dalam kalangan doktor. Ada yang bekerja berlebihan hingga melebihi 33 jam. Mungkin ramai tidak tahu, tetapi dalam bidang dan disiplin tertentu, mereka bekerja melebihi 33 jam,” katanya. Dr Dzulkefly yang juga…
Read MoreBerita pilihan…
9 wilayah Indonesia zon merah FMD
JAKARTA – Sembilan wilayah yang dikategorikan sebagai zon merah Penyakit Kaki dan Mulut (FMD) sedang mempergiatkan strategi menangani penyakit itu melalui Kementerian Pertanian Indonesia. Ketua Pengarah Penternakan dan Kesihatan Haiwan kementerian, Agung Suganda berkata, wilayah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali, dan Nusa Tenggara Barat. Katanya, berdasarkan pengiraan sedia ada, Indonesia secara idealnya memerlukan sekitar enam juta dos vaksin untuk membasmi FMD di sembilan zon merah itu. Beliau berkata, kementerian itu bersama ketua penternakan dan perkhidmatan kesihatan haiwan di sembilan zon merah, mengadakan pertemuan semalam, dengan wakil persatuan…
Read MoreKumpulan kedua banduan dibebaskan
RAMALLAH – Banduan Palestin tertua di penjara Israel, Mohammad Al-Tous, 67, adalah antara kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata. Al-Tous dari kampung Al-Jabaa, selatan Bethlehem. Al-Tous telah menghabiskan 39 tahun di penjara Israel. Menurut Suruhanjaya Palestin bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin, kumpulan itu termasuk 200 banduan, terdiri daripada individu dengan hukuman penjara seumur hidup dan tempoh penjara yang panjang. Antaranya, 121 banduan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 79 sedang menjalani hukuman jangka…
Read More