KPKM tak halang pesawah hantar memorandum

KLANG 26 Jan. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersikap terbuka dan tidak menghalang mana-mana kumpulan pesawah yang ingin menghantar memorandum berhubung isu kenaikan harga lantai padi.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata ia adalah hak pihak terbabit untuk berbuat demikian.

Mengulas dakwaan 1,000 pesawah dijangka menghantar memorandum isu berkenaan ke Bangunan Perdana Putra esok, menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia adalah hak pihak terbabit untuk berbuat demikian.

“Kita akan ikuti dengan perbincangan-perbincangan secara intensif dengan semua pihak sehingga sidang Parlimen akan datang.

“Kita akan buat beberapa pengumuman yang sedang dimuktamadkan oleh beberapa pihak termasuk Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi tujuan penambahbaikan.

Saya tidak boleh umum awal selagi ia (keputusan) tidak siap,” katanya selepas Konvensyen Nasional Amanah 2024, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan 1,000 pesawah dijangka menghantar memorandum isu berkenaan ke Bangunan Perdana Putra esok,

Semalam, Mohamad berkata, sesi libat urus yang lebih teliti membabitkan semua pemegang taruh industri, perlu dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan isu bekalan beras tempatan dan harga belian padi.

Kerajaan katanya, sedang mengenal pasti situasi menang-menang membabitkan semua pihak berhubung isu berkenaan.

Justeru katanya, kementeriannya memerlukan sedikit masa lagi sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan kepada semua pihak.

Terdahulu media melaporkan lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara dijangka berkumpul di Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob dilaporkan berkata, antara perkara yang dibawa kepada perhatian Perdana Menteri berkenaan tuntutan pesawah yang mahukan harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 untuk satu tan metrik.

Menurutnya, kerajaan perlu mendengar rintihan dihadapi pesawah berhubung penetapan harga belian padi kepada RM1,300 satu tan metrik pada masa kini yang dianggap tidak relevan dengan kos operasi ditanggung pesawah.

“Kita harapkan esok dengan kehadiran dan hasrat kami yang tinggi, kami dapat berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyuarakan permasalahan kami.

Selepas penyasaran subsidi diesel sejak 10 Jun lalu kami terpaksa tanggung kos aktiviti sawah disebabkan pelaksanaan ‘fleet card’ tak sampai kepada sasaran atau pengusaha jentera.

“Kami tak sanggup dan tak mampu lagi dengan harga pembelian sekarang kerana harga tersebut tak dapat diseimbang dengan kos,” katanya pada perhimpunan mega pesawah di Sama Gagah Permatang Pauh..

Nnnn

Related posts

Leave a Comment