Rampas sayur diimport secara haram

SINGAPURA –  Kira-kira 860 kilogram pelbagai sayuran segar yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas dalam satu operasi bersama terhadap lori penghantaran di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Ketika operasi itu, pegawai daripada Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan percanggahan dalam butiran yang diangkut sebuah lori dan merujuknya kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk pemeriksaan lanjut.

SFA mendapati terdapat sayuran yang tidak diisytiharkan dan diisytiharkan kurang, seperti sawi, salad romaine dan daun pudina yang diimport oleh lima pengimport dalam lori itu.

“Semua hasil import haram dirampas,” demikian menurut kenyataan bersama ICA dan SFA semalam.

Di Singapura, import makanan mesti mematuhi syarat yang ditetapkan SFA. Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap butiran perlu diisytiharkan serta disertakan permit import yang sah.

Related posts

Leave a Comment