KLANG 24 Jan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaskan cubaan menyeludup daging dan makanan sejuk beku termasuk daging katak bernilai lebih RM1.4 juta dipercayai untuk tujuan pengedaran semasa Tahun Baharu Cina. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata rampasan itu susulan pemeriksaan yang dilakukan terhadap empat kontena sejuk beku di Pelabuhan Barat serta Pelabuhan Utara pada 9 dan 12 Disember lepas. Katanya, dagangan berkenaan telah diikrar secara tidak benar sebagai ladu sejuk beku dan pankek untuk mengelak daripada dikesan kastam. Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis daging…
Read MoreDay: January 24, 2025
WBB batal, KKM buat kajian menyeluruh
PUTRAJAYA 24 Jan. – Projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) dibatalkan bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata Jemaah Menteri hari ini membuat keputusan itu selepas mengambil kira segala pertimbangan. “Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Abu Bakar Suleiman,” katanya. Dr Dzulkefly berkata, terma-terma rujukan jawatankuasa itu terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja. “KKM akan meneruskan usaha…
Read MoreMerokok: 11,752 notis amaran dikeluarkan
KUCHING 24 Jan. – Kementerian Kesihatan setakat ini mengeluarkan sebanyak 11,752 notis amaran untuk semua kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang dikuatkuasakan sejak 1 Oktober lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata ia adalah hasil pemeriksaan ke atas 119,555 premis seluruh negara Bagaimanapun katanya, semua kesalahan itu tidak dikenakan kompaun kerana ketika ini KKM masih dalam tempoh melaksanakan penguatkuasaan pendidikan yang mana notis dikeluarkan terhadap pesalah dan diberi amaran atau pendidikan. “Tetapi, selepas 1 April tahun ini, kita akan menguatkuasakan tindakan…
Read MoreRizal: Dulu lain sekarang lain
PM tiada halangan perhimpunan antirasuah
SEPANG 24 Jan. – Kerajaan tidak menghalang orang ramai menganjurkan perhimpunan antirasuah dengan syarat mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau juga tiada bantahan terhadap perhimpunan aman bertemakan ‘Rakyat Benci Rasuah’ yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan kompleks beli belah, Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur esok. “Kebenaran sudah diberikan. Menteri Dalam Negeri sebut, kebenaran diberikan cuma ada tempat-tempat yang kemudian yang tidak diberi kebenaran. Bagi saya tak ada masalah, buatlah, bantahlah (rasuah). Soalnya rasuah yang dibangkit-bangkit ini yang…
Read MoreTol Tahun Baharu Cina 50 peratus
PUTRAJAYA 24 Jan. – Semua pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 layak mendapat potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa pada 27 dan 28 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet hari ini, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol. Beliau berkata, potongan tol akan dilaksanakan bermula pada pukul 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir pukul 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja. Katanya, ia dilaksanakan di semua…
Read MoreBerita pilihan…
Program makanan berkhasiat Indonesia
JAKARTA – Program makanan percuma Indonesia telah menjangkau 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah, dalam usaha memenuhi keperluan golongan itu mendapat makanan berkhasiat . Presiden Prabowo Subianto berkata, mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dan enam juta menjelang April hingga Ogos 2025. “Pada September, kami berharap dapat menampung 15 juta kanak-kanak dan menjelang akhir 2025, matlamat kami adalah untuk semua kanak-kanak Indonesia menerima makanan berkhasiat. Ini adalah isu strategik. Kami mengukuhkan masa depan Indonesia. Kanak-kanak Indonesia mestilah kuat, bijak, bersemangat dan mampu bersekolah dengan berkesan,”…
Read MoreRampas sayur diimport secara haram
SINGAPURA – Kira-kira 860 kilogram pelbagai sayuran segar yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas dalam satu operasi bersama terhadap lori penghantaran di Pusat Pemeriksaan Tuas. Ketika operasi itu, pegawai daripada Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan percanggahan dalam butiran yang diangkut sebuah lori dan merujuknya kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk pemeriksaan lanjut. SFA mendapati terdapat sayuran yang tidak diisytiharkan dan diisytiharkan kurang, seperti sawi, salad romaine dan daun pudina yang diimport oleh lima pengimport dalam lori itu. “Semua hasil import haram dirampas,” demikian menurut kenyataan bersama…
Read More