4.6 juta dijangkiti Covid-19

SETAKAT pukul 8 pagi ini waktu tempatan, data Johns Hopkins University mencatatkan 4.6 juta kes jangkitan di sekuruh dunia manakala jumlah kematian meningkat kepada 311,000.

Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 1.46 juta kes dan kematian 88,675.

Lima negara lain mempunyai kes positif melebihi 200,000 kes iaitu Rusia 272,043, United Kingdom 241,455,  Brazil 232,376, Sepanyol  230,698 dan Itali 224,760.

Negara yang merekodkan lebih 100,000 kes pula ialah Perancis  179,630, Jerman 175,752,  Turki 148,067 dan Iran 118,392.

Sementara itu, India mencatatkan 90,648 kes, Peru 88,541, China 84,038, Kanada 77,201, Belgium 54,989 dan Saudi Arabia 52,016.

Kes kematian pula menyaksikan United Kingdom menduduki tempat kedua selepas AS dengan 34,546 diikuti Itali 31,763, Sepanyol 27,563, Perancis 15,632, Brazil 15,632 dan Belgium 9,005.

Setakat ini, 188 buah negara mempunyai kes pandemik tersebut.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!