Jemaah umrah kandas, lapan direman

SEPANG 16 Jan. – Mahkamah Majistret di sini membenarkan sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah agensi pelancongan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta. Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan tempoh reman terhadap pasangan itu selama tiga hari sehingga Sabtu. Selain pasangan berkenaan, enam pekerja syarikat agensi pelancongan tersebut termasuk seorang wanita turut direman selama tiga hari. Semalam, pasangan berusia 31 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kira-kira pukul 7 petang, selepas mengadakan sidang media bersama sebuah…

Read More

Kor Ming, apa maksud sebenar ham

SEPANG 16 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan maksud ‘ham’ selepas Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming memberitahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tampil menjelaskan maksud ‘ham’ dinyatakan Kor Ming, dengan menyertakan terjemahan daripada kamus Oxford Learner’s. “Bila ada menteri beritahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham dari Oxford Learner’s Dictionary. “‘Ham’ bermaksud daging yang datangnya dari babi. Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti…

Read More

Jakim nafi sandwich ada sijil halal

PUTRAJAYA 16 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menafikan dakwaan bahawa produk Ham dan Cheese Sandwich mempunyai sijil halal, kata Ketua Pengarahnya,  Dr Sirajuddin Suhaimee. Tegasnya, pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu mendapati, produk berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk itu juga bukan pemegang SPHM. Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 diambil oleh pihak KPDN.…

Read More

Lebih 500,000 kanak-kanak berisiko

ISLAMABAD – Lebih 500,000 kanak-kanak di Afghanistan berisiko mengalami kekurangan nutrisi makanan pada 2025, demikian amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam satu kenyataan, PBB menyatakan bahawa antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem, yang “membataskan keupayaan orang ramai untuk memberi makan kepada keluarga mereka”. Menurut laporan terbaru Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), hampir separuh daripada penduduk Afghanistan – kira-kira 22.9 juta orang – akan memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini untuk menangani keperluan kronik dan akut. Ekonomi Afghanistan yang rapuh, bencana alam yang berterusan, kejutan…

Read More

Gencatan senjata bermula Ahad

DOHA – Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat Rabu semalam bagi menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, yang berlarutan sejak 7 Oktober 2023. Pada sidang media di Doha, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, memaklumkan bahawa gencatan senjata akan berkuat kuasa pada Ahad. Beliau menyatakan rundingan sedang berlangsung dengan Israel dan Hamas untuk melaksanakan perjanjian tersebut. Manakala Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pula berkata perjanjian ini akan menghentikan pertempuran di Gaza. Bercakap di Washington, beliau berkata, langkah itu mempercepat bantuan kemanusiaan yang amat…

Read More