DAMSYIK – Tiga wanita maut dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad, ibu negara Syria, ketika mereka cuba mendapatkan makanan percuma dalam satu program kebajikan pada Jumaat.
Menurut Pertahanan Awam Syria, lima kanak-kanak turut mengalami patah tulang dan lebam serius dalam insiden rempuhan itu.
Dilaporkan, kejadian berlaku semasa satu jamuan anjuran tukang masak terkenal, Abu Omari al-Dimashqi, yang menjemput orang ramai untuk menikmati hidangan percuma di pekarangan masjid bersejarah itu.
Orang ramai dilaporkan membanjiri pekarangan masjid, satu daripada mercu tanda ikonik Damsyik dan kawasan sekitar tanpa kawalan orang awam yang mencukupi, menyebabkan situasi menjadi huru-hara.
Masjid Umayyad, biasanya menganjurkan acara keagamaan dan kebudayaan dan perhimpunan awam berskala besar jarang diadakan di situ dan biasanya memerlukan penyelarasan awal dengan pihak berkuasa tempatan.
Nnn