KUCHING 11 Jan. – Kumpulan Media Sarawak (SMG) yang memiliki stesen TV Sarawak (TVS) bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang dijalankan terhadap pegawai kanannya itu. Dalam satu kenyataan, syarikat itu mengakui penahanan seorang pegawainya menarik perhatian umum, tetapi ia tidak mengganggu fokus syarikat itu. SMG dalam kenyataan di Facebook hari ini menjelaskan SMG tetap komited untuk menegakkan prinsip keadilan dan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika diperlukan dalam membantu siasatan. “Walaupun kami memahami kebimbangan yang diutarakan oleh pelbagai pihak, kami ingin menjelaskan bahawa…
Read MoreDay: January 11, 2025
Satu kes baharu Mpox dikesan
PUTRAJAYA 11 Jan. – Satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau ‘monkeypox’ (Mpox) varian clade II dikesan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 12 kes jangkitan di negara ini, sejak Julai 2023. Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengesahkan demikian memaklumkan kes terbaharu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dengan sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari dan terbabit dalam aktiviti berisiko. “Pesakit telah mendapatkan rawatan pada 10 Januari lalu (semalam), kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital. “Sebanyak sembilan kes dilaporkan pada tahun 2023, dua kes…
Read MorePM sanggah kerajaan sorok Titah Adendum
PERMATANG PAUH 11 Jan. – Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan Titah Adendum berkaitan permohonan pengampunan Najib Razak, dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AG), bukannya kepada beliau atau mana-mana ahli dalam Lembaga Pengampunan. Justeru Perdana Menteri menyanggah dakwaan kononnya kerajaan menyorok dokumen terbabit. Berucap pada Program Muhibbah MADANI Anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di Bandar Perda, di sini, Perdana Menteri berkata selepas surat itu diterima, Yang di-Pertuan Agong bertukar dan AG menyerahkan surat itu kepada Istana Negara bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Sultan Ibrahim, membuat keputusan. “Surat tu dihantar kepada…
Read MoreTuah anak muda Kelantan kembali ke Saudi
SEPANG 11 Jan. – Selepas mendapat pakej umrah percuma tajaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Habieburrahmaan Ahmad Tahar, 26 sekali lagi akan kembali ke Arab Saudi sebagai pelajar di Universiti Qassim, Buraydah. Khamis lalu, beliau adalah salah seorang daripada, sekumpulan 65 orang jemaah umrah yang tiba dari Madinah selepas 12 hari 10 malam di Arab Saudi bagi menyertai Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan. Sejurus tiba di KLIA sekitar 11.30 pagi, mereka kemudiannya bertolak ke Masjid Imanul Fa’izin, Kampung Padang Kala, Kota Bharu, lokasi solat 90 rakaat…
Read MoreBerita pilihan…
Trump dilepaskan tanpa syarat
NEW YORK – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), yang dipilih semula, Donald Trump, dilepaskan tanpa syarat di New York semalam selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan. Menurut laporan media, Trump menjadi presiden pertama dihukum atas pertuduhan jenayah, menghadiri prosiding itu secara maya dari kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida. Sabitan ke atas Trump berpunca daripada cubaan menyembunyikan pembayaran yang dibuat bagi menutup mulut pelakon filem lucah, Stormy Daniels, semasa kempen pertamanya untuk jawatan presiden. Media melaporkan, keputusan hukuman itu adalah mengikut cadangan pihak pendakwaan. Walaupun Trump telah dirujuk…
Read More3 maut rempuhan jamuan makan
DAMSYIK – Tiga wanita maut dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad, ibu negara Syria, ketika mereka cuba mendapatkan makanan percuma dalam satu program kebajikan pada Jumaat. Menurut Pertahanan Awam Syria, lima kanak-kanak turut mengalami patah tulang dan lebam serius dalam insiden rempuhan itu. Dilaporkan, kejadian berlaku semasa satu jamuan anjuran tukang masak terkenal, Abu Omari al-Dimashqi, yang menjemput orang ramai untuk menikmati hidangan percuma di pekarangan masjid bersejarah itu. Orang ramai dilaporkan membanjiri pekarangan masjid, satu daripada mercu tanda ikonik Damsyik dan kawasan sekitar tanpa kawalan orang awam yang mencukupi,…
Read More