Menteri UMNO sedia beri keterangan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan semua Menteri Kabinet daripada parti itu bersedia memberi keterangan di Mahkamah Tinggi dalam prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum, Najib Razak. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ketika membacakan kenyataan media berkata, menteri-menteri yang mewakili UMNO bersedia untuk memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan untuk memberi keterangan. Beliau berkata, UMNO juga akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri itu, selaras dengan kuasa…

Read More

Kemasukan warga China meningkat

PUTRAJAYA 10 Jan. –  Kadar kemasukan warga China meningkat 140 peratus kepada 3.9 juta tahun lalu berbanding 1.6 juta pada 2023 berikutan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dengan pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV). Berdasarkan PLV itu, pelancong China dan India kini diberi pengecualian visa selama 30 hari mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, kenyataan kononnya kemasukan pelancong warga China ke negara ini tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan seperti tular di media sosial, baru-baru ini adalah tidak berasas. Katanya, dakwaan itu boleh…

Read More

Kebun sayur warga asing diserbu

PUTRAJAYA 10 Jan. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur kawasan kebun sayur berkeluasan sekitar lima hektar di Telok Panglima Garang, Selangor yang diusahakan oleh warganegara asing dari Bangladesh dan Pakistan. Warganegara  asing yang mengusahakan kebun sepanjang Jalan Halia Muda, Kampung Johan Setia, itu berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor pembinaan yang tamat tempoh pada 9 Januari lalu. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, operasi dengan kekuatan seramai 69 pegawai pelbagai pangkat memeriksa seramai 70 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan seorang warganegara tempatan. Dalam kenyataannya, beliau…

Read More

64,260 dianggar terbunuh di Gaza

LONDON – Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel mencecah 64,260 orang, lebih tinggi berbanding lebih 46,000 orang, jumlah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin. Anggaran itu terkandung dalam analisis statistik yang diterbitkan jurnal perubatan terkemuka, The Lancet. Menggunakan kaedah statistik dipanggil ‘capture-recapture analysis’, penyelidik dari Pusat Kebersihan dan Perubatan Tropika London, Universiti Yale dan beberapa institusi lain menilai jumlah kematian dalam tempoh sembilan bulan pertama perang bermula Oktober 2023 hingga akhir Jun 2024. Menurut kajian itu, kira-kira 59.1 peratus adalah wanita, kanak-kanak dan individu berusia lebih 65 tahun,…

Read More

75 kanak-kanak maut dalam 7 hari

NEW YORK – Dalam tempoh tujuh hari pertama tahun ini, sekurang-kurangnya 75 kanak-kanak terbunuh akibat keganasan tentera Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza, termasuk serangan ke atas zon selamat yang ditetapkan secara unilateral. Pengarah Eksekutif Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell, berkata lapan bayi baru lahir meninggal dunia sejak 26 Disember tahun lalu akibat hipotermia, manakala lebih sejuta kanak-kanak Gaza tinggal di khemah sementara yang tidak dapat menahan suhu sejuk. “Pihak kami sudah lama memberi amaran bahawa tempat perlindungan yang tidak mencukupi, kekurangan akses kepada pemakanan dan penjagaan…

Read More