64,260 dianggar terbunuh di Gaza

LONDON – Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel mencecah 64,260 orang, lebih tinggi berbanding lebih 46,000 orang, jumlah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Anggaran itu terkandung dalam analisis statistik yang diterbitkan jurnal perubatan terkemuka, The Lancet.

Menggunakan kaedah statistik dipanggil ‘capture-recapture analysis’, penyelidik dari Pusat Kebersihan dan Perubatan Tropika London, Universiti Yale dan beberapa institusi lain menilai jumlah kematian dalam tempoh sembilan bulan pertama perang bermula Oktober 2023 hingga akhir Jun 2024.

Menurut kajian itu, kira-kira 59.1 peratus adalah wanita, kanak-kanak dan individu berusia lebih 65 tahun, namun tiada anggaran mengenai jumlah pejuang Palestin yang terkorban.

Terdahulu, pengiraan rasmi Palestin mengenai kematian langsung dalam perang Israel-Hamas mencatatkan sebanyak 41 peratus menjelang pertengahan 2024 berikutan keruntuhan infrastruktur kesihatan di Gaza, menurut kajian yang diterbitkan semalam.

Menerusi kajian The Lancet, kapasiti Kementerian Kesihatan Palestin dalam menyelenggara rekod kematian elektronik sebelum ini terbukti boleh dipercayai, tetapi merosot ketika kempen ketenteraan Israel termasuk serbuan ke atas hospital dan kemudahan kesihatan lain serta gangguan komunikasi digital.

Israel mendakwa, pihaknya berusaha untuk mengelak kematian orang awam dan menuduh Hamas menggunakan hospital sebagai perlindungan untuk operasinya, yang dinafikan kumpulan pejuang itu.

Laporan anekdot menunjukkan, sejumlah besar mayat masih terkubur di bawah runtuhan bangunan yang musnah dan oleh itu ia tidak dimasukkan dalam pengiraan sebenar.

Justeru, dalam mengambil kira jurang itu dengan lebih baik, kajian The Lancet menggunakan kaedah yang digunakan untuk menilai kematian di zon konflik lain termasuk Kosovo dan Sudan.

Mengambil data daripada sekurang-kurangnya dua sumber bebas, penyelidik mencari individu yang muncul dalam berbilang senarai mereka yang terbunuh.

Nnn

Related posts

Leave a Comment