RM1.35 juta: Muhyiddin arah peguam rayu

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin mengarahkan peguamnya untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah. Dalam satu kenyataan melalui Facebooknya, Muhyiddin berkata beliau mempertahankan kenyataan yang dipertikaikan itu tidak bersifat memfitnah dan mempunyai pembelaan yang baik. “Walaupun saya menghormati keputusan mahkamah, saya sangat kecewa dengan keputusan itu. “Sebagai mematuhi keputusan mahkamah, saya akan memadamkan hantaran yang menjadi subjek kepada tindakan saman ini daripada akaun Facebook dan media sosial saya. Saya mempunyai pembelaan yang…

Read More

Guan Eng bersyukur keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 8 Nov.  – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersyukur mendapat keadilan sekaligus membersihkan namanya selepas Mahkamah Tinggi memutuskan  Muhyiddin Yassin bertanggungjawab terhadap fitnah keatasnya.. Pengerusi DAP itu berkata,  keputusan mahkamah menunjukkan bahawa kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terhadapnya adalah palsu dan tidak berasas. “Malah, (kenyataan Muhyiddin) adalah suatu kenyataan yang amat ‘harmful’ dan boleh disebut ‘merosakkan’ dalam sebuah masyarakat majmuk. Hari ini saya mendapat keadilan untuk membersihkan nama saya kerana sememangnya saya tidak buat,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian pada sidang media selepas …

Read More

Lubnan sifatkan “jenayah perang”

BEIRUT – Lubnan menyifatkan serangan dron Israel ke atas bandar selatan Sidon semalam sebagai “jenayah perang” yang membunuh tiga orang awam dan mencederakan beberapa askar Lubnan serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kementerian Luar Lubnan berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel itu dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam serangan berkenaan serta meminta Israel bertanggungjawab. Ia juga menyifatkan serangan berkenaan sebagai `peningkatan serangan Israel yang menyasarkan anggota pengaman UNIFIL, askar Lubnan dan orang awam yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa’. Lubnan turut mengulangi komitmen terhadap peranan penting UNIFIL dalam…

Read More

Sebutan semula kes tekap seterika 27 Dis.

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior. Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada pukul 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi di sini. Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun…

Read More

Muhyiddin diperintah bayar RM1.35 juta

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng selepas didapati bertanggungjawab memfitnah Pengerusi DAP itu. Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, mengeluarkan perintah itu ketika membenarkan tuntutan saman fitnah yang dikemukakan Guan Eng selaku plaintif terhadap Muhyiddin (defendan), berhubung isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary. Roz Mawar mendapati Guan Eng berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhyiddin melalui prinsip imbangan kebarangkalian, iaitu beban pembuktian bagi proses tuntutan saman sivil. Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana…

Read More

Siapa menang, tiada beza kepada Iran

TEHRAN – Siapa pun yang memenangi Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat (AS) tidak akan membawa perbezaan kepada Iran, kata Presidennya, Masoud Pezeshkian. Pezeshkian berkata, rakyat Iran bergantung kepada kekuatan dalaman mereka, sambil memuji rakyatnya yang mempunyai harga diri. Beliau juga berkata, Iran tidak mempunyai pandangan yang terbatas dalam mengembangkan hubungan dengan negara-negara lain. Katanya, pengembahgan  hubungan dengan negara-negara Islam dan jiran merupakan salah satu keutamaan tertinggi Iran. Presiden Iran itu turut menyeru pembentukan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan negara-negara Islam. “Jika semua negara dalam dunia Islam bersatu sebagai saudara,…

Read More

Biden rancang hadir sidang G20, APEC

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, tetap akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Brazil dan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru, hujung bulan ini walaupun calon Republikan, Donald Trump menang dalam pilihan raya presiden. Setiausaha Akhbarnya, Karine Jean-Pierre berkata, Biden merancang menghadiri dua persidangan itu dan lebih banyak maklumat akan dimaklumkan mengenai apa bakal dibincangkan dengan pemimpin asing di Rio de Janeiro dan Lima. Sementara itu, Biden berkata rakyat Amerika berhak menerima “peralihan kuasa yang aman dan teratur” dan beliau telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan…

Read More

5 anggota MALBATT cedera di Lubnan

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Lima tentera pengaman Malaysia Battalion (MALBATT 850) cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, selatan Lubnan. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin. Tentera Darat Lubnan dalam satu kenyataan memaklumkan kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) sedang melalui sekatan jalan. “Tentera Israel mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon. Serangan ini menyebabkan tiga warga Lubnan maut,” kata kenyataan itu. Serangan itu turut disahkan UNIFIL dalam satu hantaran di X. Semalam, pasukan MALBAT…

Read More