PRN17: Serahkan kepada pemimpin Sabah

PAPAR 9  Nov. – Tidak perlu ada sebarang paksaan daripada mana-mana pemimpin luar berhubung gabungan parti yang bakal bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) yang dijadualkan tahun depan. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata keputusan mengenai perkara itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin parti dari negeri itu. Katanya, sebarang bentuk paksaan untuk meminta mana-mana parti atau gabungan parti supaya bekerjasama dikhuatiri boleh membawa kesan terhadap pola pengundian rakyat pada PRN itu nanti. “Bagi saya yang memutuskannya biarlah orang Sabah, pemimpin Sabah sendiri,…

Read More

Tidak wajar PRN Sabah jadi ‘tikus makmal’

KOTA KINABALU 9 Nov. – Sabah tidak harus dijadikan bahan ujian untuk menguji keberkesanan kerjasama politik di antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kerana ia akhirnya hanya membawa kerugian kepada Sabah. Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Masidi Manjun berkata, adalah tidak wajar menjadikan Sabah eksperimen bagi kerjasama politik pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) akan datang. Katanya, tindakan itu seolah-olah menjadikan negeri ini sebagai ‘tikus makmal’ yang disifatkannya sebagai merendahkan maruah rakyat negeri ini. “Dalam keadaan di mana semua parti sedang bersedia untuk menghadapi PRN, timbul pelbagai…

Read More

Bendung isu kaum, agama ancam perpaduan

KUALA KANGSAR 9 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, isu agama dan kaum yang terus dijadikan bahan untuk berpolitik yang mengancam perpaduan rakyat negara ini perlu dibendung dengan segera. Titah baginda, apabila agama dan kaum dijadikan ‘mata wang yang sah’ untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan dan slogan-slogan atas nama kaum yang bersifat provokatif, semakin dicetuskan. “Retorik dan slogan sedemikian, laksana bara yang semakin menyalakan puntung – menyalakan unggun, jika tidak segera dibendung, akan menyemarakkan api permusuhan yang boleh memusnahkan negara,” titah baginda. Baginda…

Read More

70 peratus kematian wanita,kanak-kanak

GENEVA – Hampir 70 peratus kematian yang disahkan dalam peperangan di Gaza ialah wanita dan kanak-kanak, demikian menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR). Justeru agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengecam apa yang disebut sebagai pelanggaran sistematik terhadap prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Sejak bermulanya perang antara tentera Israel dan pejuang Hamas, PBB hanya mengira kematian yang dapat mereka sahkan melalui tiga sumber, dan pengiraan masih berterusan. Ketua Pejabat Hak Asasi Manusia PBB untuk Wilayah Palestin yang Diduduki, Ajith Sunghay, memberitahu wartawan dalam satu taklimat di…

Read More

Hanya di Gaza, wanita, kanak-kanak dibunuh

ISTANBUL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, tiada perang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, Erdogan berkata, selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak. Beliau berkata demikian ketika berucap  pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di Istanbul. Katanya , Ankara akan terus menyokong “saudara” mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan…

Read More

Kumpulan pertama MALBATT 850-11 tiba di tanah air

SUBANG 8 Nov. – Selepas setahun berkhidmat, kumpulan pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba di tanah air hari ini. .Kepulangan kontinjen yang berkhidmat dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tiba dengan menaiki pesawat komersial Batik Air yang mendarat di Pangkalan Udara Subang di sini. Menurut laman Facebook MyJointForce, kumpulan itu terdiri daripada enam pegawai dan 200 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai Ketua Pergerakan, Komander Errudin Bujang TLDM. Ketibaan kumpulan terbabit disambut…

Read More

Pertukaran trup MALBATT ikut jadual UNIFIL

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Rancangan pertukaran trup antara pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 dan MALBATT 850-12 akan dilakukan mengikut jadual Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Menurut Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), rancangan pertukaran trup turut dilaksanakan beberapa negara lain yang menghantar trup pengaman ke UNIFIL. “Semua proses pertukaran trup yang dilakukan pada bulan ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Pada masa ini trup MALBATT 850-12 yang masih berada di Malaysia, tetap menjalankan tugas seperti biasa dan sedang…

Read More

Penolong pegawai IT rugi RM153,023

KUANTAN 8 Nov. – Seorang penolong pegawai teknologi maklumat (IT) sebuah agensi kerajaan di daerah ini kerugian RM153,023 selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud yang kononnya menawarkan keuntungan sehingga 45 peratus. Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 45 tahun itu terjerat dalam penipuan pelaburan berasaskan bitcoin selepas diperdaya dengan individu yang dikenali melalui aplikasi Tinder. Katanya, mangsa ditawarkan peluang pelaburan dengan pulangan bonus sebanyak 45 peratus sekiranya melabur sejumlah RM100,000. “Mangsa tertarik untuk menerima tawaran itu selepas memperolehi keuntungan pelaburan daripada dua transaksi awal,” katanya…

Read More