Bersatu bersedia bentuk gabungan baharu

MUAR 22 Jun  – “Jangan main-main dengan Bersatu, jangan perlekehkan Bersatu,” demikian antara ingatan Presidennya Muhyiddin Yassin susulan kemelut yang sedang berlaku dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Pengerusi PN itu berkata, Bersatu mempunyai pendirian sendiri dalam menghadapi senario itu dan bersedia membentuk gabungan baharu jika tidak lagi diperlukan PN.

“Kalau PN tidak boleh diperbaiki lagi…kalau ada tindakan sehingga dikatakan PN sudah toksik…Apa kita nak buat?

“Kita cari yang baru…kita buat (bentuk) gabungan baru. Maknanya Bersatu tidak akan mati dan akan kekal untuk selama-lamanya.

Jadi, jangan main-main dengan Bersatu. Jangan cuba nak tendang saya, Bersatu sebagai sebuah parti kita akan kekal abadi, jadi parti yang lebih besar,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera PRN Bersatu Johor di Bakri di sini.

Hadir sama, Naib Presiden Bersatu,  Ahmad Faizal Azumu dan  Dr Mohd Radzi Jidin, Setiausaha Agung  Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Bersatu Johor,  Dr Sahruddin Jamal.

Sambil merujuk tindakan PN menghentikan perkhidmatan Dr Mohd Radzi Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Azmin sebagai Timbalan Setiausaha Agung, Muhyiddin mengingatkan parti dalam gabungan itu agar tidak memperlekehkan Bersatu.

“Datuk (Dr Radzi) kena tendang…Datuk (Azmin) pun kena tendang. Ini apa?? Jangan perbodohkan kami…jangan tendang kami.

“Kita akan pertahankan Bersatu sampai bila-bila. Jangan cuba pijak kami. Kami ada kekuatan. Kami ada semangat. Jangan main-main dengan kami,” katanya.

Muhyiddin juga menjelaskan idea pembentukan parti Bersatu adalah untuk menegakkan kebenaran daan mencegah kemungkaran.

Katanya, atas pembentukan itu, Bersatu menjalinkan kerjasama dengan parti lain dan akhirnya membentuk PN.

“Sebab itulah kita menubuhkan PN supaya dapat menarik lebih penyertaan parti yang sehaluan dengan kita.

“Dengan ada gadingan dan gabungan parti ini, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, lebih 70 peratus penyokong dan pengundi kita adalah orang Melayu.

“Kita boleh menang banyak kerusi, kalau tiada yang buat hal (tarik sokongan) kita adalah kira-kira 91 wakil rakyat,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment