Ribuan terputus perkhidmatan, bantuan

GAZA – Pertahanan Awam Palestin di Gaza melaporkan operasinya di utara Gaza terpaksa dihentikan selama 24 hari, menyebabkan ribuan penduduk terputus perkhidmatan perubatan atau bantuan kemanusiaan berikutan serangan berterusan Israel. Dalam kenyataannya, Pertahanan Awam berkata pada 24 Oktober lalu, pasukan tentera Israel menyasarkan anggota mereka di utara Gaza, merampas kenderaan, memaksa kebanyakan petugas berpindah ke kawasan tengah dan selatan semenanjung itu dan menahan 10 staf. Agensi itu menyeru organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk segera menangani kesengsaraan ribuan orang awam yang terperangkap di utara Gaza akibat serangan Israel yang berterusan. Pertahanan Awam…

Read More

Tokoh, media tinggalkan platform X

ISTANBUL – Beberapa tokoh yang mempunyai akaun terkenal dengan pengikut yang ramai di X  meninggalkan platform itu selepas Donald Trump dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Menurut satu laporan, keputusan untuk meninggalkan X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, sebahagian besarnya didorong kebimbangan terhadap hubungan rapat pemiliknya, Elon Musk dengan presiden terpilih Trump. Bekas penyampai CNN Don Lemon berkata beliau meninggalkan X kerana ia tidak lagi memenuhi ‘tujuan’ kebebasan bersuara. Dalam video yang dimuat naik di X, Lemon berkata: “Saya pernah percaya bahawa platform ini adalah ruang untuk perdebatan…

Read More

16 masjid perlu solat zuhur ganti Jumaat

SEREMBAN 15 Nov. – Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 November lalu, ditafsirkan tidak sah dan perlu digantikan dengan menunaikan solat zuhur dengan segera. Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya  Dr Faudzinaim Badaruddin, berkata langkah itu susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah. “Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 November lalu. Pesanan bertakwa kepada Allah adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab. Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu,…

Read More

Pesawat AS isi minyak Sukhoi TUDM di udara

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Buat kali pertama pesawat pengisi minyak milik Amerika Syarikat (AS), USAF KC-135 mengisi minyak pesawat buatan Russia, Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Detik bersejarah itu dilakukan menerusi latihan pertukaran kepakaran kemahiran (SMEE) membabitkan TUDM bersama United States Pacific Air Forces (US PACAF) dan Washington Air National Guard (WAANG) pada 12 dan 13 November lalu. Melalui latihan pengisian bahan bakar udara ke udara (AAR) itu, proses pemindahan minyak dari pesawat tanker ke pesawat lain yang memerlukan dibuat ketika masih kekal dalam penerbangan. Menerusi…

Read More

KPN kecewa, terkilan polis tak amanah

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ketua Polis Negara (KPN), Razarudin Husain melahirkan rasa kecewa dan terkilan berikutan terdapat anggota polis yang menyalahgunakan amanah yang diberi apabila terlibat dengan jenayah. Sambil menyifatkan mereka manusia yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri, Razarudin berkata, sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 23 pegawai polis terbabit sebagai suspek dalam kes jenayah komersil. Katanya, keadaan itu berbeza sepanjang tahun lalu apabila hanya 22 disyaki terbabit, dan ini menimbulkan kebimbangan terhadap tahap integriti dan pematuhan standard warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Razarudin berkata, sebelum ini…

Read More

Pelaku jenayah miliki dua kad pengenalan

NARATHIWAT – Polis Thailand tidak menolak kemungkinan ada individu yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand memiliki dua kad pengenalan atau dua kewarganegaraan, kata Ketua Polis Narathiwat Kol Polis Pratya Baitee   Katanya, ini adalah modus operandi mereka bagi melarikan diri sama ada ke Malaysia atau Thailand jika diburu pihak berkuasa tempatan. Beliau berkata hasil siasatan mendapati kebanyakan penjenayah ini menpunyai maklumat berbeza pada kad pengenalan yang berlainan. Contohnya  terdapat kes maklumat pada kad pengenalan penjenayah yang ditangkap polis Thailand menunjukkan mereka menetap di Malaysia, tetapi muka adalah sama seperti dalam…

Read More

Bantahan melalui tarian di parlimen

WELLINGTON – Ahli Parlimen Te Pati Maori mempersembahkan tarian tradisional haka untuk untuk mengganggu undian Rang Undang-Undang yang dipertikaikan yang akan mentafsir semula Perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori. Susulan itu, Parlimen digantung seketika apabila orang ramai di galeri menyertai dan jeritan menenggelamkan orang lain di dalam dewan. Perjanjian itu pertama kali ditandatangani pada tahun 1840 antara pemerintahan diraja British dan lebih daripada 500 ketua Maori, Perjanjian Waitangi meletakkan bagaimana kedua-dua pihak bersetuju untuk memerintah. Tafsiran klausa dalam dokumen itu masih membimbing perundangan dan dasar hari ini. Keputusan…

Read More