16 masjid perlu solat zuhur ganti Jumaat

SEREMBAN 15 Nov. – Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 November lalu, ditafsirkan tidak sah dan perlu digantikan dengan menunaikan solat zuhur dengan segera.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya  Dr Faudzinaim Badaruddin, berkata langkah itu susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.

“Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 November lalu. Pesanan bertakwa kepada Allah adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.

Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu, maka khutbahnya adalah tidak sah,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zohor.

Masjid terbabit ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Related posts

Leave a Comment