WELLINGTON – Ahli Parlimen Te Pati Maori mempersembahkan tarian tradisional haka untuk untuk mengganggu undian Rang Undang-Undang yang dipertikaikan yang akan mentafsir semula Perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori.
Susulan itu, Parlimen digantung seketika apabila orang ramai di galeri menyertai dan jeritan menenggelamkan orang lain di dalam dewan.
Perjanjian itu pertama kali ditandatangani pada tahun 1840 antara pemerintahan diraja British dan lebih daripada 500 ketua Maori, Perjanjian Waitangi meletakkan bagaimana kedua-dua pihak bersetuju untuk memerintah.
Tafsiran klausa dalam dokumen itu masih membimbing perundangan dan dasar hari ini.
Keputusan oleh mahkamah dan tribunal Maori yang berasingan telah meluaskan hak dan keistimewaan Maori secara progresif selama beberapa dekad.
Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat, ini telah mendiskriminasikan warganegara bukan Orang Asli.
Parti ACT New Zealand, rakan kongsi dalam kerajaan gabungan pusat-kanan yang memerintah, minggu lalu melancarkan Rang Undang-Uundang untuk memupuk tafsiran yang lebih sempit mengenai perjanjian Waitangi dalam undang-undang.
Pemimpin ACT New Zealand, David Seymour berkata, mereka yang menentang Rang Undang-Undang itu mahu “mencetuskan” ketakutan dan perpecahan sedangkan misinya adalah untuk memperkasakan setiap orang,.
