MAHB mesti kekal jadi milik negara

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) swkali lagi menentang keras penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (“MAHB”) yang dianggap angsa emas” dan juga aset strategik negara yang penting.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, MAHB mesti kekal menjadi milik rakyat Malaysia, untuk dikekalkan berstatus syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia bagi memastikan ketelusan dan tatakelola yang baik.

Justeru, beliau menyifatkan keputusan tepat, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (“PAC”) yang bersedia untuk memulakan prosiding bagi meneliti dan memanggil kesemua pihak yang terlibat dalam urus niaga ini

Dalam satu kenyataan, Hamzah berkata, prosiding PAC berupaya untuk memperolehi keterangan dan maklumat terperinci daripada setiap individu terlibat dalam membuat keputusan berkaitan penjualan saham MAHB kepada pihak luar.

Kandungan Independent Advice Circular (“IAC”) bertarikh 20 Disember 2024 berkaitan penjualan saham MAHB mendedahkan bahawa semua lima orang Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tidak bersetuju dengan penjualan saham itu dan mensyorkan kepada para pemegang saham menolak tawaran pembelian..

Hamzah berkata berdasarkan rekod, bilangan penumpang yang dikendalikan oleh MAHB Group sehingga September 2024 telah mencecah 101.2 juta penumpang.

Pendapatan MAHB Group juga meningkat 20.3% kepada RM4.26 billion sehingga September 2024 berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2023.

Keuntungan selepas cukai juga melonjak sebanyak 137% kepada RM606.3 juta sehingga September 2024 berbanding September 2023.

“Oleh itu, penawaran yang dibuat amat tidak adil, tidak mencerminkan potensi serta jaringan besar 39 lapangan terbang di bawah MAHB, ia juga tidak mengiktiraf momentum pertumbuhan yang dibina MAHB melalui strategi dan hala tuju yang jelas,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment