JOHOR BAHRU 14 Dis. – Seorang warga emas mengalami kerugian RM1,590,800 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Johor M. Kumar. Beliau berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah terlihat iklan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan pada Oktober lepas dan telah menekan pautan yang diberikan bagi mendapatkan maklumat lanjut. Katanya, mangsa telah ditawarkan keuntungan hingga 40 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat dalam masa 10 minit. “Percaya dengan keuntungan yang dijanjikan, antara November hingga awal Disember lepas mangsa telah membuat pembayaran…
Read MoreDay: December 14, 2024
BN Perak tidak beri laluan mudah
LENGGONG 14 Dis. – Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) untuk merampas Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang. Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya akan memberi saingan untuk mempertahankan Perak supaya terus ditadbir Kerajaan Perpaduan. Pada masa yang sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan hasrat mereka itu lebih awal. “Bagus la dia (Muhyiddin) umum awal, boleh kita bertahan. Dia umum awal (jadi) kita boleh…
Read MoreSAPP tinggalkan gabungan PN
KOTA KINABALU 14 Dis. – Menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 (PRN17), Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan penarikan diri daripada menjadi sebahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN). Presidennya, Yong Teck Lee, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PN bulan lalu. Katanya, keputusan itu dibuat selepas PN ingin bertanding pada PRN17, tindakan yang bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang selama ini menyatakan semua 73 kerusi DUN Sabah hanya ditandingi parti…
Read MoreRakan tidak harus ambil ahli komponen
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan tidak harus mengambil ahli daripada parti komponen lain bagi mengelak perpecahan dalam gabungan itu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata mana-mana parti komponen Kerajaan Perpaduan pun tidak mahu situasi seperti itu berlaku. “Sebaik-baiknya parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak harus mengambil mana-mana ahli-ahli parti lain dalam komponen itu. Kalau berlaku sebaliknya, mereka tentu akan terasa hati. Jadi, eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita,” katanya. Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui…
Read MoreBerita pilihan…
Israel digesa henti serang Syria
HAMILTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa Israel menghentikan serangan ke atas wilayah Syria. Sambil mengecam sekeras-kerasnya pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria, baru-baru ini, beliau mengingatkan perjanjian pemisahan 1974 antara Israel dengan Syria masih berkuat kuasa. Justeru beliau mengutuk semua tindakan yang tidak selaras dengan perjanjian itu. Perjanjian berkenaan menetapkan sempadan zon penampan dan kawasan bebas tentera dipantau oleh Pasukan Pemerhati Pemisahan PBB (UNDOF) yang bertugas mengekalkan gencatan senjata antara Israel dengan Syria selepas Perang Timur Tengah pada 1973. “Setiausaha Agung amat prihatin…
Read MoreDatuk Bandar Pau PM Perancis
PARIS – Francois Bayrou, Datuk Bandar Pau, sebuah bandar di barat daya Perancis dilantik sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu, seminggu selepas penyandang jawatan itu, Michel Barnier disingkirkan dalam undi tidak percaya. Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengumumkan pelantikan sekutunya yang berhaluan tengah pada Jumaat lalu dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya. Bayrou yang pernah bertanding untuk jawatan Presiden sebanyak tiga kali sebelum menyokong Macron pada 2017 merupakan pengasas parti politik berhaluan tengah, Democratic Movement (MoDem). Susulan pelantikan itu, Bayrou perlu membentuk kerajaan dan berusaha meluluskan…
Read More