Kenapa titah adendum disembunyikan

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Muhammad Shafee Abdullah, peguam Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri itu disembunyikan. Beliau mendakwa, kewujudan titah adendum terhadap Najib dengan sengaja telah disembunyikan oleh pihak tertentu, justeru pihaknya telah meminta semua ahli Parlimen untuk mendesak perkara tersebut. “Oleh sebab itu juga, saya telah mengambil tindakan kes ‘judicial review’ dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak. “Apabila tindakan ini dilakukan, ia boleh memaksa pelaksanaan adendum tersebut dan mahkamah boleh melakukannya. Tetapi malangnya, mahkamah tidak nampak yang sebenarnya ia…

Read More

Tangani segera kenaikan harga sayur

TANJONG 8 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), digesa mengambil tindakan segera bagi menangani isu kenaikan harga sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan di pasaran. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader, berkata ia susulan tinjauan CAP baru-baru ini yang mendedahkan kenaikan harga mendadak dalam tempoh hanya dua minggu. Katanya, melalui tinjauan itu, harga kacang didapati melonjak daripada RM9 kepada RM17.50 sekilogram, bendi RM7 kepada RM12.50, kacang panjang RM8 kepada RM20; sawi RM6 kepada RM12 dan cili merah RM8…

Read More

Dua hari dengar rayuan Syed Saddiq

PUTRAJAYA 9 Dis.  – Mahkamah Rayuan menetapkan 19 dan 20 Mac 2025 untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam pengurusan kes hari ini, berkata mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing. Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan harta, serta dua pertuduhan pengubahan wang…

Read More

Bashar al-Assad dapat suaka politik Rusia

MOSCOW – Media Rusia TASS, melaporkan Presiden Syria yang digulingkan Bashar al-Assad dan keluarganya tiba di sini, selepas diberikan suaka politik oleh kerajaan Rusia. Memetik sumber di Kremlin, atas faktor kemanusiaan, mereka telah diberikan suaka oleh Rusia selepas tiba  di Moscow. Sebelum ini, Kementerian Luar Rusia berkata, Assad telah meninggalkan Syria dan memberi jaminan untuk peralihan kuasa secara aman selepas pejuang pemberontak menawan Damsyik tanpa ditentang pada Ahad. Sumber Kremlin turut memberitahu, Rusia memilih penyelesaian politik kepada krisis di Syria, di mana Moscow menyokong Assad semasa perang saudara yang panjang.…

Read More

Pengabaian Russia punca kejatuhan

PARIS – Pengabaian Russia terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad menyebabkan kejatuhan pemimpin itu, kata bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Beliau yang akan memulakan tugas Presiden 20 Januari ini berkata, Moscow sepatutnya tidak melindungi Assad dari awal dan kemudian kehilangan minat akibat peperangan di Ukraine yang sepatutnya tidak berlaku. “Assad sudah tiada. Dia melarikan diri dari negaranya. Pelindungnya, Russia, yang dipimpin oleh (Presiden) Vladimir Putin, tidak lagi berminat untuk melindunginya,” tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social. Katanya, tiada sebab untuk Russia berada di sana pada mulanya. “Mereka…

Read More

Kemenangan seluruh negara Islam

DAMSYIK – Abu Mohammed al-Jolani, pemimpin utama di sebalik kumpulan pembebas Syria, menyifatkan penggulingan Presiden Bashar al-Assad sebagai “kemenangan bagi seluruh negara Islam”. Dalam ucapan umum pertamanya sejak menawan kota ini, Ketua Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) itu berkata, kejayaan baharu ini, menandakan satu lembaran baharu dalam sejarah rantau ini. HTS ialah sebuah kumpulan yang sebelum itu dikenali sebagai Nusra Front. Dalam ucapan yang disampaikan di dalam Masjid Umayyad disini, pada Ahad, Jolani menegaskan, Syria telah menjadi “taman permainan untuk cita-cita Iran, menyebarkan fahaman mazhab, menularkan budaya rasuah,” “Tetapi kini, Syria…

Read More