Kemenangan seluruh negara Islam

DAMSYIK – Abu Mohammed al-Jolani, pemimpin utama di sebalik kumpulan pembebas Syria, menyifatkan penggulingan Presiden Bashar al-Assad sebagai “kemenangan bagi seluruh negara Islam”.

Dalam ucapan umum pertamanya sejak menawan kota ini, Ketua Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) itu berkata, kejayaan baharu ini, menandakan satu lembaran baharu dalam sejarah rantau ini.

HTS ialah sebuah kumpulan yang sebelum itu dikenali sebagai Nusra Front.

Dalam ucapan yang disampaikan di dalam Masjid Umayyad disini, pada Ahad, Jolani menegaskan, Syria telah menjadi “taman permainan untuk cita-cita Iran, menyebarkan fahaman mazhab, menularkan budaya rasuah,”

“Tetapi kini, Syria sedang disucikan oleh rahmat Tuhan Yang Maha Kuasa dan melalui usaha Mujahidin yang gagah perkasa.” katanya.

Iran dan proksinya, Hezbollah merupakan penyokong utama kerajaan Assad.

“Ini adalah negara yang, jika haknya diambil, akan terus menuntut mereka sehingga mereka dipulihkan,” kata Jolani, sambil menambah bahawa HTS akan membebaskan orang yang dipenjarakan oleh rejim Assad.

“Saudara-saudaraku, saya meninggalkan tanah ini lebih 20 tahun yang lalu dan hati saya merindui saat ini,” kata Jolani kepada pengikut-pengikutnya yang berkumpul di masjid Umayyah.

 

Nnn

Related posts

Leave a Comment