Bashar al-Assad dapat suaka politik Rusia

MOSCOW – Media Rusia TASS, melaporkan Presiden Syria yang digulingkan Bashar al-Assad dan keluarganya tiba di sini, selepas diberikan suaka politik oleh kerajaan Rusia.

Memetik sumber di Kremlin, atas faktor kemanusiaan, mereka telah diberikan suaka oleh Rusia selepas tiba  di Moscow.

Sebelum ini, Kementerian Luar Rusia berkata, Assad telah meninggalkan Syria dan memberi jaminan untuk peralihan kuasa secara aman selepas pejuang pemberontak menawan Damsyik tanpa ditentang pada Ahad.

Sumber Kremlin turut memberitahu, Rusia memilih penyelesaian politik kepada krisis di Syria, di mana Moscow menyokong Assad semasa perang saudara yang panjang.

Dalam masa sama, sumber itu berkata, rundingan perlu disambung semula di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pemimpin pembangkang Syria juga menyatakan persetujuan untuk menjamin keselamatan pangkalan tentera Rusia dan institusi diplomatik di Syria, kata sumber itu kepada agensi berita.

Moscow, penyokong tegar Assad yang campur tangan untuk membantunya pada 2015 dalam serangan terbesar di Asia Barat sejak kejatuhan Soviet sedang berebut untuk menyelamatkan kedudukannya.

Pengaruh geopolitiknya di rantau yang lebih luas dan dua pangkalan tentera yang penting secara strategik di Syria berada dalam senarai keutamaannya.

Related posts

Leave a Comment